Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Sangat Perlukan Babah, Bukan Tak Reda..Cuma Rindu’ – Anak Arwah...

    [VIDEO] ‘Saya Sangat Perlukan Babah, Bukan Tak Reda..Cuma Rindu’ – Anak Arwah Hamdan Senario

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    hamdanhamdan

    Pemergian seorang bapa pastinya dirasai terutama bagi anak perempuan.

    Rasa kehilangan dan rindu itu muncul dalam diri anak kepada pelawak dan pelakon iaitu Nur Natasya Umairah.

    Luah rasa rindu

    hamdanhamdan

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Natasya berkongsi beberapa keping foto dan video keluarga mereka.

    Dalam masa yang sama, gadis berusia 21 tahun itu juga menulis coretan kenangan pada setiap gambar tersebut.

    Babah, saya sangat perlukan babah. Bukannya tak reda cuma rindu. Rindu sangat.

    20 tahun hidup, apa-apa sikit semua mengadu dekat babah, sekarang adik dah hilang my confort person.

    Babah pendengar yang baik, adik nangis-nangis putus cinta pun babah ada.

    Babah selalu puji adik, cakap anak babah ini cantik, anak yang mulia, jaga babah dan mama, walaupun adik tak terbalas jasa lagi dekat babah.

    Adik tak yakin dengan diri sendiri, tapi babah la tulang belakang adik.

    Dalam pada itu, Natasya juga memuji sikap arwah pelawak tersebut yang sentiasa mengingatkan keluarganya tentang agama.

    Ramai ingat babah garang, adik tak nafikan. Selagi tak solat jangan keluar rumah. Kalau bab agama memang babah tegas sangat. Tapi saya suka cara babah layan keluarga kita.

    Tidak mampu menahan sedih, anak bongsu daripada empat adik beradik itu menangis di hadapan ibunya kerana perasaan rindu yang mendalam terhadap arwah.

    Tiga bulan lebih babah tak ada, orang ingat adik okay. Abang pesan jangan menangis depan mama. Adik pendam sendiri sekarang, tak ada tempat nak bercerita.

    Sampai satu hari adik menangis juga depan mama.

    Babah selalu ada untuk adik bila adik perlukan babah. Terima kasih sebab manjakan adik, dengar luahan hati adik. Adik sayang babah dunia akhirat.

    Semoga ada rezeki kita berjumpa di syurga kelak ya babah. Doa adik sentiasa untuk babah.

    Terdahulu, Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada 5 Januari lalu jam 12.40 tengah hari di Johor Bahru selepas ditidurkan beberapa hari.

    ALSO READ:  ‘Kesakitan Yang Berparut Hingga Hujung Nyawa’ – Anak Arwah Pengasas Dnars Luah Rasa Rindu

    Hamdan sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.

    Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Norhamalini Ahmed, 53, dan empat anak,  Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.

    @dawns0n

    rindunyaa lahai , al-fatihah babah ? #hamdansenario

    ? original sound – natasyahmdn – natasyahmdn

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts