Ibu kepada Allayarham Nidza Afham, Irni Yusnita Istihat, 54, reda dengan pemergian anak tercinta.
Doa ibu
Ketika ditemui , Irni meluahkan rasa syukur apabila jenazah arwah anaknya ditemukan dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecederaan.
Ketika saya dan anak bongsu jumpa telefon serta dompet di jambatan, saya sudah dapat rasakan mungkin dia berada di bawah (Jambatan Klang).
Jadi balik pada malam itu (Selasa), saya solat dan mohon pada Allah “pulangkanlah anak aku dalam keadaan yang sempurna seperti dia dilahirkan dengan sempurna.
Saya reda dan hati saya benar-benar tenang apabila lihat dia dalam bilik forensik dengan keadaan tiada satu pun yang patah, Allah bagi saya kesempurnaan.
Kalau ada yang berniat jahat dengan anak saya, pasti dapat balasan. Allah itu ada, Allah itu satu.
Irni berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada Khamis.
Dalam pada itu, disoal adakah pihak keluarga ingin meneruskan siasatan berhubung kematian arwah, Irni menjawab dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.
Saya tidak mahu fikir yang itu, perkara itu bukan tugas saya. Saya serahkan kepada pihak polis.
Terdahulu, arwah Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada jam 6.35 petang Khamis.
Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.