Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk...

    [VIDEO] ‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk Selamatkan Hati’ – Zara Zya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    zara zya insecurezara zya insecure

    Pelakon Zara Zya meluahkan pendapatnya tentang kesan buruk penggunaan media sosial yang boleh mencetuskan rasa insecure terhadap seseorang.

    Perkongsian Zara Zya

    @yayashop9603

    #katakatamotivasi #katakatasemangat #semangat #livelaughlove #zarazya #fyp??viral #inspiration #wonderwoman #fy #ceramah #hatikental #xybca #foryou #vibes #forme #hidupinikeras

    ? original sound – yayashop – yayashop

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi tentang perkara tersebut di dalam sebuah majlis.

    Menurut Zara, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengikuti sesiapa pun di media sosialnya sebagai langkah untuk mengelakkan diri daripada memupuk perasaan yang negatif.

    Kalau ada rasa insecure dengan kelebihan orang lain, kenikmatan yang orang lain dapat lebih daripada kita..ini yang saya buat.

    Di media sosial saya kalau anda perasan, saya tak follow sesiapa pun. Bukan sebab saya sombong tapi cuma untuk hati saya. Untuk selamatkan hati saya.

    Pelakon drama Love You Mr Arrogant itu mengakui bahawa dia pernah terlalu mengagumi kelebihan yang dimiliki oleh individu-indivdu yang diikuti di media sosial.

    Sebab pernah, saya tengok bila sahabat ataupun artis dan influencer yang muat naik hantaran..saya pernah terdetik cantiknya baju dia, cantiknya rumah dia, cantiknya solekan dia, dia buat majlis hari lahir besar-besaran banyaknya hadiah dapat.

    Perkara itu sedikit sebanyak saya rasa merosakan hati saya, jadi saya elak perbuatan yang bagi saya rasa insecure dan yang tak selamat, saya akan jarakkan.

    Dalam masa yang sama, tindakan berkenaan membuatkan aktres berusia 38 tahun tersebut telah menghindarkan dirinya daripada perbuatan yang sia-sia.

    Saya kurangkan saya punya circle, bukanlah kita memilih tapi bila kita makin berpengalaman dan matang, kita sendiri yang akan dijarakkan.

    Jadilah manusia yang dapat memanusiakan orang lain.

    Tahu orang ini bergosip, kadang-kadang kita pula yang tambah. Bila orang bergosip, diam. Kalau baik ikut, kalau tak jarakkan, Insya-Allah, Allah selamatkan kita.

     

    ALSO READ:  Uqasha Senrose Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘ I Love You So Much, Uqaira’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts