Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Tak Jual Konten Anak-Anak..’ – Bella Astillah Nafi Jaja Kisah...

    [VIDEO] ‘Saya Tak Jual Konten Anak-Anak..’ – Bella Astillah Nafi Jaja Kisah Sedih Di Media Sosial Untuk Raih Simpati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sentiasa menjaja kisah sedih di media sosial untuk meraih perhatian ramai.

    ‘Saya gembira dengan anak-anak dan keluarga’

    Ketika ditemui , Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, menafikan tersebut sebaliknya mengakui dirinya kini bahagia bersama anak-anak dan keluarga.

    Saya tak tahu bila saya dikatakan jual konten sedih, saya rasa tak ada. Mungkin kalau hal anak-anak, biasalah kadang-kadang kita rindu jadi ianya bukan fasal cerita sedih.

    Buat masa ini, saya gembira dengan anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik.

    Bekas isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini juga menafikan tuduhan sering menjual konten mengenai anak-anaknya iaitu Aydan Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, bagi tujuan meraih simpati.

    Tak jual konten anak-anak

    Sebaliknya pelantun lagu Bermanja-Manja ini menjelaskan bahawa kadangkala dia hanya berkongsi semula konten bersama anak-anak yang dirakam oleh individu lain ketika penggambaran.

    Saya tak jual konten anak sebab mereka sentiasa ada dengan saya. Ada juga momen belakang tabir yang dirakam orang lain, saya hanya kongsikan semula je di media sosial.

    Meskipun sering dikecam dan dikritik, Bella mengakui bahawa dia mengambil positif segala komen yang diterima sebagai  pengajaran dan untuk memperbaiki dirinya agar menjadi insan yang lebih baik.

    Tapi bagi saya setiap orang ada tanggapan masing-masing, saya tak salahkan sesiapa. Saya jadikan komen negatif itu sebagai pembakar semangat saya dan yang positif buatkan saya lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang.

    Dalam perkembangan lain, Bella Astillah dan penyanyi, Nabila Razali baru sahaja melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul CACACA.

    ALSO READ:  ‘Ruhainies Lebih Baik Duduk Diam Atau Minta Maaf, Tak Payah Keluarkan Kenyataan Selepas Ini’ – Haji Zil

    Lagu tersebut diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan merupakan ciptaan Mage, Ja’a dan Ezra Kong. Muzik video (MV) CACACA telah dilancarkan pada 6 Disember lalu di saluran Youtube Nabila Razali Entertainment.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts