Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Tak Mahu Buat Kerana Duit, Saya Buat Kerana Allah’ –...

    [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Buat Kerana Duit, Saya Buat Kerana Allah’ – Nasir Bilal Khan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nasir bilal khannasir bilal khan

    Foto: Harian Metro

    Pelakon versatil, Nasir Bilal Khan mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mengambil tanpa menetapkan harga yang mahal.

    Tak mahu dibayar mahal

    @zulkarnain_777

    Ikhlas adalah satu perkara yg sukar untuk kita zahirkan dalam sesuatu perbuatan,perkerjaan mahupun didalam diri tapi jikalau kita mampu untuk menghadirkan rasa itu insyaAllah kita berjaya membersihkan hati dan perasaan kita hanya untuk Allah

    ? original sound – Z – Z

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nasir menjelaskan bahawa dia tidak pernah menetapkan harga tertentu namun ada yang mengambil kesempatan terhadap keikhlasannya.

    Saya beritahu dia (production manager), saya terima atas ikhlas, kalau dia tak bayar satu sen pun saya tetap kena buat.

    Sampai satu masa orang bayar mengarut gila..tak masuk akal. Saya tak kisah, esok kau jawablah, aku nak jawab apa yang aku buat dengan Allah.

    Menurut aktor berusia 64 tahun itu, rakan seindustrinya pernah berkata tindakannya itu telah menyebabkan pelakon-pelakon lain turut terkesan.

    Kawan pelakon datang, dia kata, ‘kau menang anugerah dan kau ambil dengan harga macam tu, aku yang tak menang aku nak ambil harga berapa?’

    Ya tak ya juga, saya dah rosakkan market. Rupanya nak jujur dan ikhlas dalam dunia ni pun payah.

    Justeru itu, aktor yang popular dengan watak Tok Adi tersebut menetapkan harga namun tidak mahu dibayar lebih kerana padanya dia melakukan pekerjaan tersebut demi Allah SWT.

    Kemudian saya buat ketetapan, contohnya RM5,000..maksudnya kalau mereka nak tawar saya minta maaf, saya kata cari pelakon lain.

    Tapi selepas itu kalau dia nak bayar RM10,00 pun saya tak mahu dah. Saya kata cari pelakon lain, saya kata saya tak mahu buat kerana duit, saya buat kerana Allah supaya benda itu dapat memberi kesan yang positif.

    Dalam pada itu, pelakon filem Penunggang Agama tersebut menegaskan bahawa dia perlu selektif dalam pemilihan watak supaya tidak memberi impak yang buruk terhadap penonton.

    Katakanlah satu juta orang yang tengok, kalau saya sebarkan kekotoran dan mereka buat benda tak baik..saya nak jawab apa dengan Allah nanti. Jenuh nak jawab, itu masalah jadi pelakon.

    Kadang-kadang saya cuba ubah serba sedikit, contohnya macam drama Penggali Kubur..sambungannya adalah drama Sayang Salina.

    ALSO READ:  Video: Imran Ajmain Rasa Kurang Ajar Kerana Penerima Tidak Mengucap Terima Kasih Walau Diberi Secara Percuma

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts