Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Tak Peduli Netizen Kecam’ – Erma Fatima Tidak Mahu Artis...

    [VIDEO] ‘Saya Tak Peduli Netizen Kecam’ – Erma Fatima Tidak Mahu Artis Tempatan Terus ‘Dilondehkan’ Sarah Yasmine

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Erma FatimaErma Fatima

    Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak melatah apabila menerima kecaman netizen berhubung kenyataannya yang meminta wanita bernama Sarah Yasmine untuk berhenti membuka aib artis tempatan dan ‘berambus’ dari Malaysia.

    ‘Peduli orang industri’

    Erma FatimaErma Fatima

    Ketika ditemui , Erma memberitahu dia hanya ingin memperjuangkan hak dan membela nasib penggiat seni tanah air daripada terus ‘dilondehkan’ oleh wanita yang mengaku dirinya kekasih gelap kepada penyanyi, Aliff Aziz.

    Saya tidak peduli netizen nak kecam kenyataan saya. Yang saya peduli nasib orang-orang seni dalam industri saya. Itu lebih penting. Kalau dia (Sarah Yasmine) terus diraikan semua perkara akan ‘diselak’ oleh dia.

    Dalam pada itu, Erma turut mempersoalkan tindakan wanita asal Singapura itu yang ‘memetik’ nama beberapa artis tempatan dalam konflik membabitkan dia dan Aliff Aziz.

    Tegas Erma, kontroversi yang berlaku seharusnya diselesaikan secara dalaman antara mereka.

    Saya marah sebab dia orang luar dan dia bermasalah dengan artis yang datang dari negara dia sendiri (Aliff Aziz).

    Yang tidak bagus dia menyelak kain dengan orang-orang yang tiada kaitan dengan dia. Yang berkaitan dengan dia adalah Aliff sahaja.

    Itu tidak bagus kerana membuka aib dan menjatuhkan nama orang. Apa tujuan dia benda itu? Adakah untuk meraih perhatian Aliff untuk kembali dengan awak, jika iya kemudian buat itu sahaja dan jangan libatkan orang lain.

    Saya tidak ada kaitan apa-apa dengan artis yang dipetik oleh dia, semua artis itu bukan adik-beradik saya atau saudara mara saya. Tetapi ini tentang industri saya, tidak elok awak buat begitu.

    Terdahulu, Erma meminta Sarah Yasmine untuk ‘berambus’ dari negara ini dan menyelesaikan masalahnya dengan Aliff Aziz tanpa membabitkan ramai pihak.

    ALSO READ:  Puteri Sarah ‘Contact’ Dengan Syamsul Yusof Hanya Untuk Kedua Anak – ‘Saya Tak Pernah Tanya Apa-Apa Dekat Dia’

    Jelas Erma, pendedahan yang dibuat wanita itu sudah mencalarkan nama industri tanah air sehingga menimbulkan perbalahan orang ramai.

    Susulan itu, segelintir wargamaya mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Erma.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts