Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah, Bukanlah Buang Anak Sokong Menantu’...

    [VIDEO] ‘Saya Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah, Bukanlah Buang Anak Sokong Menantu’ – Patimah Ismail

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    patimahpatimah

    Bekas ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail amat menyayangi aktres itu meskipun sudah memilih jalan perpisahan dengan anaknya, Syamsul Yusof.

    Ibu mentua idaman

    puteri sarah patimah yusofputeri sarah patimah yusof

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Patimah berkata dia amat menyayangi Puteri Sarah dan bersimpati terhadap dugaan yang menimpanya.

    Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak.

    Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui.

    Dalam pada itu, Patimah juga berasa serba salah kerana menyakinkan Sarah bahawa Syamsul akan kembali ke pangkuan keluarga, namun takdir pula mengatakan yang sebaliknya.

    Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’. Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya.

    Lagipun Sarah pandai menjaga hati saya, bukanlah saya yang terbaik. Buang anak, sokong menantu pun tidak. Tapi kerana janji dan simpati kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat.

    Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat Sarah.

    Netizen bandingkan dengan ibu Aliff Aziz

    patimahpatimah

    Sebelum ini, warganet bertindak membandingkan Patimah dengan ibu kepada aktor Aliff Aziz selepas timbul kontroversi curang dan ditangkap berkhalwat bersama aktres Ruhainies.

    Bagaimanapun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu kurang senang dengan perkara tersebut.

    Sebenarnya saya tak suka dibandingkan begitu. Kita tak tahu situasi dia macam mana.

    Situasi saya lain. Anak saya memang betul buat salah. Pergi kahwin ke luar negara meninggalkan isteri.

    Macam mak Aliff ni mungkin dia ada sebab-sebab tertentu dia masih menyokong anak dia.

    Justeru, Patimah berharap agar warganet tidak lagi membandingkan mereka berdua.

    Janganlah bandingkan saya, sebenarnya saya bukanlah terlalu baik cuma keadaan yang buat saya jadi macam tu.

    Begitu juga menantu-menantu saya yang lain. Saya selalu beritahu anak-anak saya, jaga isteri dengan baik.

    Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.

    ALSO READ:  Serba Canggih Dan ‘Percuma’, Ini Sebabnya Korang Wajib Dapatkan HONOR 200 Lite

    Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

    @melodiberapi

    Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fyp??viral?tiktok #ceritaartismalaysia #fyp? #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp

    ? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts