Jaguh bina badan negara, Sazali Samad tetap bangga dengan anaknya, Nur Sabrina Hani yang gagal mendapatkan tempat di podium bagi acara angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada petang khamis.
Bangga dengan anak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, dapat dilihat Sazali sedang memeluknya anaknya itu yang sedang menangis kecewa kerana menduduki tempat keempat.
Walau bagaimanapun, Sazali memaklumkan dia tetap bangga dengan pencapai Hani yang baru pertama kali menyertai temasya suka berkenaan.
Di akhir hantaran, bekas juara dunia itu berharap agar anaknya itu dapat berusaha lebih gigih untuk meraih kejayaan di masa akan datang.
Tempat keempat pun cukup bagus, ayah bangga dengan Hani. Terus berusaha lagi.
Ayah bangga dengan Hani walaupun kali pertama naik pentas dan bertanding di SUKMA Sarawak.
Insya-Allah, ayah percaya akan tiba masanya nanti Hani akan melakar sejarah dalam sukan angkat berat ini.
Ayah dan mak sentiasa doakan yang terbaik buat Hani. Semangat terus, jangan putus dan jangan mengalah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan kata-kata semangat untuk Hani terus bangkit menempa nama dalam sukan angkat berat.