Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Seafood Festival 2024 Di Sunway Putra Mall Sasar 15 Ribu Pengunjung

    [VIDEO] Seafood Festival 2024 Di Sunway Putra Mall Sasar 15 Ribu Pengunjung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seafood Festival 2024 yang sedang berlangsung selama 2 hari di Sunway Putra Mall bermula hari ini menyasarkan untuk menarik 15 ribu pengunjung dari seluruh negara.

    Menurut CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal, festival ini menonjolkan harga yang sangat berbaloi, membuktikan bahawa makanan laut tidak semestinya mahal.

    “Seafood Festival ini akan membawakan pelbagai kombo unik yang tidak dapat ditemui di tempat lain, dengan harga yang memang berpatutan. Kami mahu semua orang merasai kesedapan makanan laut tanpa perlu risau tentang harga,” kata Mohd Adly.

    View this post on Instagram

    Festival ini juga akan mengetengahkan usahawan dan chef yang masing-masing membawa keunikan tersendiri.

    “Semua chef dan usahawan yang terlibat adalah yang terbaik dalam bidang mereka. Mereka mempunyai keistimewaan masing-masing yang akan memberikan pengalaman yang unik kepada pengunjung,” tambahnya.

    Salah satu daya tarikan utama festival ini adalah penyertaan 15 Seafood Master dalam satu lokasi. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan laut yang disediakan oleh pakar-pakar ini.

    “Kesemua hidangan memang sedap. Kami di Fried Chillies boleh jamin, In Shaa Allah,” kata Mohd Adly dengan penuh keyakinan.

    Festival ini juga akan menampilkan usahawan udang galah, MRos, dan usahawan tiram dari Penang Oyster Park. Kedua-dua mereka akan membawa hasil laut segar terus dari ladang mereka sendiri.

    Tidak hanya itu, festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Antaranya termasuk pertandingan makan, demo membuat seafood chowder, serta persembahan muzik secara langsung dari Disko Santan. Bagi kanak-kanak, terdapat juga pertandingan mewarna dan pertandingan fotografi.

    Dengan pelbagai tawaran menarik dan jaminan kesegaran, Seafood Festival 2024 pasti akan menjadi destinasi yang wajib dikunjungi bagi pencinta makanan laut. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman unik ini!

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Hanis Zalikha & Hairul Azreen Raih Perhatian!-“Dulu Kerja Dekat Pavilion, Sekarang Brand Sendiri Disitu”



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts