Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Seandainya Kita Mengikhlaskan Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup, Pasti Kita...

    [VIDEO] ‘Seandainya Kita Mengikhlaskan Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup, Pasti Kita Akan Tenang’ – Alif Teega

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, pempengaruh Alif Teega dilihat memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang berbicara mengenai topik ikhlas.

    Pasti akan tenang

    Menerusi video pendek tersebut, Alif berkata, setiap manusia tidak boleh mengharapkan kebahagiaan semata-mata. Pada masa yang sama, perasaan kecewa dan luluh dalam hati juga tidak boleh ditolak.

    Kita perlu terima setiap rasa yang kita lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia. Kita juga tidak boleh menolak kecewa, luluh dalam hati kita.

    Kerana itulah fitrahnya. Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti dan pasti kita akan tenang.

    Ujar Alif lagi, mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti memperoleh hasil yang indah iaitu tenang.

    Terdahulu, isteri Alif iaitu Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

    Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.

    Ibu kepada tiga orang anak ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

    Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.

    Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.

    Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

    Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.

    ALSO READ:  Noor Nabila Memperlakukan Amelia Christie Seperti Adik Sendiri – 'Jika Saya Tidak Lama, Jebat Punya Mak yang Akan Menjaga Dia'

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts