Negara baru-baru ini digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita, Nur Farah Kartini di ladang sawit di Kampung Sri Keledang, jam 6 petang semalam setelah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.
Kes pembunuhan turut menimbulkan rasa sebak seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen, Anas Farihin yang terpaksa bersikap profesional ketika menyampaikan berita kematian rakan karibnya itu, tengah malam tadi.
“Ini kali pertama aku menyampaikan berita di mana tahap profesionalku betul-betul tercabar. Waktu ni emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal. Sebab di dada perlu ditahan.”-kapsyen Anas di TikTok
@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi
♬ original sound – AnasFarihin – AnasFarihin
“Faa Ni Baik Orangnya…”
Tambahnya lagi, dia turut mendedahkan sikap arwah yang sangat baik hati dan sentiasa berdedikasi dalam kerjayanya itu.
“Faa ni baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjayanya, dan dedikasinya sentiasa diutamakan.
Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah.”-tulisnya lagi
Dipetik dari laporan Sinar Harian, Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggangnya di Taman Universiti, Tanjung Malim,
Susulan itu, pada Selasa, seorang lelaki yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun telah mendapat perintah reman oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Farah Kartini. Al-Fatihah…