Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sebak… Temubual Lama Almarhum Tunku Abdul Jalil Tentang Ayahandanya, Sultan Ibrahim...

    [VIDEO] Sebak… Temubual Lama Almarhum Tunku Abdul Jalil Tentang Ayahandanya, Sultan Ibrahim Undang Air Mata

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kemangkatan Tunku Abdul Jalil, anakanda keempat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meninggalkan kisah menyayat hati tentang kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Dalam temu bual yang menyentuh hati, Almarhum Tunku Abdul Jalil berkongsi pengalaman peribadinya ketika sakit di ICU dan bagaimana ayahandanya, Sultan Ibrahim menjaganya dengan penuh kasih sayang di hospital.

    Dalam temu bual video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok, @.jdtfc._, Tunku Abdul Jalil dengan ikhlas berkongsi perjuangan peribadinya melawan penyakit yang mengancam nyawa. Namun, apa yang membuatkan temu bual ini begitu mengharukan ialah pendedahannya tentang kehadiran dan keprihatinan ayahandanya pada masa sukar ini.


    Tunku Abdul Jalil menceritakan bagaimana Sultan Ibrahim dengan penuh kasih sayang menjaga anakandanya di katil hospital. Beliau bukan sahaja melahirkan rasa syukur kerana mempunyai ayahanda yang begitu penyayang, malah turut bercerita tentang detik-detik indah di mana beliau merasai sentuhan kasih sayang daripada ayahandanya.

    “Yang saya tak boleh lupa, ketika saat saya terlantar di ICU, di sebuah Hospital di Singapura. Tiap-tiap jam dari pagi tu, sampai ke pagi keesokkan harinya dia duduk sebelah saya. Dia usap kepala saya.. Saya tak pernah tengok ayah saya dalam keadaan macam tu”- ujarnya sambil menitiskan air mata.

    Al-Fatihah Buat Almarhum

    Seluruh Malaysia  terharu melihat video ini. Mereka bukan sahaja melihat Sultan Ibrahim yang kuat dan bijaksana, tetapi juga seorang bapa yang penyayang. Komen dan reaksi positif daripada rakyat mencerminkan rasa hormat dan cinta mereka kepada keluarga diraja.

    VIA TikTok

    Kejadian ini juga mengajar kita tentang kepentingan nilai kekeluargaan di tengah-tengah tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin. Sultan Ibrahim bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin negara tetapi juga sebagai seorang bapa yang prihatin dan sanggup berkorban demi kebahagiaan anakandanya.

    ALSO READ:  Taman Tema yang Kurang Terkenal Tetapi Tidak Kurang Menariknya Di Jepun

    Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 adalah putera keempat Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan mangkat pada 5 Disember 2015 sewaktu berusia 25 tahun.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts