Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sebrian Shah Sanggup Berendam 4 Jam Dalam Air Demi ‘Damba’, Pilih...

    [VIDEO] Sebrian Shah Sanggup Berendam 4 Jam Dalam Air Demi ‘Damba’, Pilih Genre Slow Rock Untuk Pamer Sisi Berbeza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebrian ShahSebrian Shah

    Penyanyi muda yang kian meningkat naik, Sebrian Shah, 25, muncul dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi lagu berjudul ‘Damba’.

    ‘Damba’

    Sebrian ShahSebrian Shah

    Anak kelahiran Johor ini mengungkapkan bahawa lagu ‘Damba’ merupakan karya yang sangat personal baginya dan sebuah lagu yang berat dari segi emosi serta teknikaliti.

    Kata Serbian, dengan bait-bait lirik yang mendalam, lagu ini memberikan gambaran yang jelas tentang perasaan yang rumit dalam hubungan percintaan.

    Seperti penyanyi lain, sudah tentu lagu yang akan dinyanyikan perlu dekat dengan diri penyanyi itu sendiri. ‘Damba’ adalah kesinambungan kepada lagu saya yang pertama iaitu ‘Maafkan’ yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas.

    Fahaman tentang lagu ini berkisahkan seorang lelaki yang telah kehilangan wanita yang dicintai dan mendambakan percintaan itu semula. Akan tetapi jika dihayati dengan teliti, lagu ini bukanlah kisah cinta kepada manusia semata.

    Pendengar harus mendengarkan lagu ini sendiri untuk mengetahui makna tersirat yang cuba disampaikan. Seperti sebelumnya, saya mengharapkan lagu ini akan sekali lagi tembus ke pasaran Indonesia.

    Semoga lagu ini akan disukai ramai, tidak kira dari mana mereka berada kerana bagi saya muzik sangat subjektif dan universal. Nyanyian dan lagu kalini kedengaran lebih kuat pada sisi pop rock. Saya memilih genre ini untuk bawa kesegaran.

    Menurut Sebrian, genre slow rock dipilih kerana dia sering didengarkan lagu berkonsep demikian sejak dari kecil memandangkan bapanya seorang penggemar lagu rock.

    Kerjasama bersama komposer, Emeer Bakri dan Amsyar Razqa kali ini amatlah mudah dan cepat. Saya tahu apa yang mereka inginkan dan mereka juga tahu apa hala tuju saya untuk lagu ini, jadi tiada masalah dalam bekerjasama menyiapkan lagu ini.

    Kali ini masa yang diambil untuk menyiapkan lagu ini teramatlah sekejap. Proses rakaman dijalankan kurang 3 jam. Mungkin kerana saya sudah selesa dengan komposer lagu ini, jadi kerjasama antara kami terjadi lebih mudah.

    Mengigil dalam air

    Sebrian ShahSebrian Shah

    Dalam pada itu, Sebrian memberitahu keunikan yang dibawa dalam muzik video ‘Damba’ adalah rakaman yang di dilakukan di dalam air di mana konsep itu telah dilakar sejak November 2023.

    Kali ini proses rakaman walaupun ringkas, ia teramatlah mencabar di mana team saya menyediakan kolam di dalam studio sepanjang 5 meter untuk menyesuaikan ketinggian saya supaya tidak kelihatan janggal.

    Sepanjang rakaman saya menggigil kesejukan, kerana rakaman di dalam air tersebut mengambil masa hampir 4 jam dari jam 9 malam sehingga 1 pagi. Namun, hasil keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan team saya yang telah bekerja keras dalam merealisasikan visi saya untuk MV ini.

    Harapan saya agak besar untuk lagu ini. Saya harap siapa saja yang mendengarkan lagu ini, pasti akan jatuh cinta dengan melodi dan liriknya.

    Lagu ‘Damba’ kini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment.

    ALSO READ:  Keluarga ‘Abang Bas’ Buka Tabung, Minta Sumbangan Bayar Ikat Jamin RM30,000

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts