Meskipun sememangnya layak menerima pengiktirafan sebagai biduanita negara, namun penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap merasa segan dengan gelaran tersebut.
Merendah diri
Ketika ditemui , Siti Nurhaliza atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin tetap mahu disapa dengan panggilan namanya sahaja kerana menganggap dirinya masih lagi seperti insan biasa.
Segan sebenarnya dengan gelaran biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa.
Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.
Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab.
Penyanyi nombor satu negara tersebut berkata demikian ketika ditemui pada majlis apresiasi media dan pelancaran single Sejarah yang berlangsung di restoran The Roomah, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ucap rasa syukur
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Bagaikan Sakti itu turut menzahirkan rasa syukur dengan pengiktirafan yang diberikan.
Menurut penyanyi berusia 45 tahun tersebut, dia sama sekali tidak pernah berharap sebarang anugerah malah hanya berusaha sebaik mungkin sepanjang hampir 30 tahun bergelar anak seni.
Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras.
Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar.
Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur.
Terdahulu, Siti Nurhaliza menerima penganugerahan Biduanita Negara Ke-3 sempena Anugerah Seni Negara 2024.