Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red...

    [VIDEO] ‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red Dalam ‘Mode Standby’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    datin red datuk red adiradatin red datuk red adira

    Meskipun sudah berpisah, namun usahawan Datuk Red masih tidak putus harapan untuk bersama semula dengan kedua-dua bekas isterinya iaitu Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi.

    Tunggu Adira & Datin Red

    @araeira259

    #abgred 18/07/24

    ? original sound – Shara – Shara

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu dilihat sedang mempromosikan produk jualannya sambil berinteraksi dengan warganet.

    Dalam masa yang sama, Datuk Red sempat menyatakan hasrat untuk kembali bersatu bersama Datin Red dan Adira andai masih ada jodoh di antara mereka.

    Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu je ‘offer’ mereka. Tapi kalau mereka dah kahwin..nak buat apa lagi.

    Menurut Datuk Red, salah satu tujuannya untuk berkahwin semula adalah dia mahu mempunyai teman semasa hari tua nanti.

    Saya fikir nak kahwin ni hanya untuk sakit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyusahkan anak-anak saya..takkan saya nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar usahawan berusia 43 tahun itu dapat merujuk semula dengan kedua-dua bekas isterinya.

    Semoga Datuk Red bersama kembali dengan bekas isteri.

    Doa banyak-banyak, insya-Allah hati mereka akan terbuka.

    Semoga Allah jodohkan kembali.

    Saya doakan Allah satukan kembali, harap sangat demi anak-anak.

    Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    ALSO READ:  Poligami Tidak Sesuai Untuk Semua Wanita – Ezlynn Reda Apabila Suaminya Berkahwin Dengan Seorang Doktor Berusia 26 Tahun

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts