Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Selebriti & ‘Influencer’ Malaysia Diterbangkan Ke Korea Selatan Untuk Sukan Olimpik?

    [VIDEO] Selebriti & ‘Influencer’ Malaysia Diterbangkan Ke Korea Selatan Untuk Sukan Olimpik?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seramai lebih 30 orang selebriti dan pempengaruh serta ahli media dari Malaysia diterbangkan ke Korea Selatan untuk Sukan Olimpik. Tapi bukan mewakili Malaysia sebagai atlet, namun rombongan yang berangkat pada 13 Januari yang lalu ini berpeluang menyaksikan sendiri acara pembukaan Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon. Ia terletak kira-kira 160 km dari Bandaraya Seoul ke timur pada 19 Januari 2023.

    Rombongan eksklusif dari AAX (AirAsia X) dan Korea Tourism Organization dengan kerjasama Gangwon State ini turut membawa rombongan meneroka musim sejuk yang menakjubkan di wilayah timur laut Korea Selatan itu selama 8 hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi seperti, Nami Island, Samaksan Cable Car, Hwacheon Sancheoneo Ice Festival, Alpaca World , Oak Valley Ski dan banyak lagi.

    Bermain Ski Antara Salah Satu Aktiviti Disediakan Oleh Penganjur Sepanjang FAM Trip Ini.

    Antara selebriti yang turut serta dalam rombongan ini seperti pengacara dan pelakon Hawa Rizwana, 29, pelakon Harris Annuar, 31, pengulas sukan Astro Arena, Lily Hamzah. Turut serta pempengaruh yang popular dalam vlog travel seperti Aliff Imran dan Shafickza yang memiliki lebih 300 ribu pengikut di laman TikTok.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts