Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Selepas 8 Tahun…’ – Wanita Luah Rasa Syukur Dapat Jumpa Tukang...

    [VIDEO] ‘Selepas 8 Tahun…’ – Wanita Luah Rasa Syukur Dapat Jumpa Tukang Gunting Rambut Layan Anak Autisme Dengan Ikhlas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di TikTok, seorang wanita bergelar ibu meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menjumpai sebuah kedai gunting yang sangat ikhlas menyantuni anak autismenya.

    ‘Barber’ ikhlas santuni anak istimewa

    @imashariza Mama dah ada tempat fav baru untuk potong rambut abang … Thank you Mr D sbb santuni anak autism kami ?? #autismawareness #autismacceptance #austismhaircut #keletahaisyaryan #aisyaryanjourney ? suara asli – Penyair Emosian

    Menerusi perkongsian yang dibuat, wanita yang dikenali sebagai Imashariza berkongsi momen dirinya menghantar anaknya yang bernama Aisy ke sebuah kedai gunting yang dikendalikan tukang gunting rambut bernama Mr. D.

    Jelas wanita itu, kebanyakkan tukang gunting rambut tidak gemar untuk menggunting rambut kanak-kanak autisme namun Mr. D dilihat begitu tenang mengawal keadaan.

    Dapat dilihat, tukang gunting rambut itu begitu sabar melayan telatah Aisy sehingga berjaya membuatkan kanak-kanak istimewa itu tenang sewaktu proses menggunting rambut.

    Untuk anak autisme, kebanyakkan tukang gunting rambut paling tak suka untuk potong sebab ia melibatkan ‘sensory issue’.

    Tadi, Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr. D tapi dia cakap, ‘Tak mengapa, biarkan saja. Dia tengah stress sebab tak biasa lagi’.

    Kena bersyukur dengan kurniaan Tuhan

    Lebih mengharukan apabila Mr. D menasihatkan Imashariza untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa bersabar dikurniakan anak istimewa.

    Mr. D cakap saya patut bersyukur sebab dapat anak istimewa. Kalau jaga baik-baik, dapat banyak pahala dan masuk syurga.

    Sambil urut-urut kaki Aisy dia cakap lagi yang Tuhan nak bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang.

    Bukan itu sahaja, tukang gunting rambut tersebut juga menasihatkan Imashariza untuk sentiasa berdoa dan meminta yang terbaik buat anak istimewanya itu.

    Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 850,000 tontonan dan lebih 55,000 tanda suka.

    ALSO READ:  Wanita Nekad Cerai Dengan Suami Selepas 26 Tahun Kahwin – ‘Masa Mengandung Kena Pukul, Dalam Pantang Dia Minta Dilayan’

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts