Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Selepas Undur Diri Dari DOLLA, Syasya Kini Tampil Bertudung?

    [VIDEO] Selepas Undur Diri Dari DOLLA, Syasya Kini Tampil Bertudung?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 serta terdiri daripada empat orang ahli kumpulan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

    Dolla telah mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia serta mereka mula dikenali ramai apabila single pertama “Dolla Make You Wanna” mendapat perhatian yang meluas dari rakyat Malaysia.

    Dolla semakin dikenali ramai dan peminatnya kini kian bertambah, bukan sahaja hanya di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei, bahkan di United Kingdom serta China.

    Namun, baru-baru ini, Dolla mengeluarkan kenyataan rasmi apabila mereka akan bergerak seramai tiga orang di dalam kumpulan tersebut setelah ketiadaan Syasya.

    “Wait Ada Cincin Lah, Did Syasya Going To Married”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nur.syalina yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 313 ribu, tanda suka sebanyak 8,981 dan sebanyak 42 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan rakaman video ig story milik ibu kepada Syasya yang menunjukkan keadaan terkini Syasya yang tampil bertudung di hari raya pertama.

    @nur.syalina

    akhirnya muncul jgk dia😄 semakin cantik Syasya😍😍😍 #syasyadolla #dollaofficial #dolla #raya2024

    ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

    Rata-rata netizen teruja melihat keadaan terkini Syasya yang tampil sopan selepas keluar dari kumpulan Dolla. Mereka juga membuat spekulasi bahawa Syasya akan kembali di dalam kumpulan Dolla selepas tamat pengajiannya.

    Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Syasya agar sentiasa tenang dan bahagia dengan keputusan yang dipilihnya itu. Semoga kita semua diberikan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    ALSO READ:  Penyanyi Kacak Asal Brunei Kembali Dengan Single Pop Terbaharu Bercerita Perihal ‘Expiry Date’ Dalam Perhubungan

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts