Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Selepas Urus Jenazah Pelarian, Ustaz Terima Panggilan Misteri – ‘Terima Kasih...

    [VIDEO] Selepas Urus Jenazah Pelarian, Ustaz Terima Panggilan Misteri – ‘Terima Kasih Urus Jenazah Saya & Isteri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pakar perubatan Islam mencuri perhatian sewaktu berkongsi kisah misteri yang berlaku kepadanya sewaktu menguruskan jenazah sepasang suami isteri bukan warganegara.

    Urus jenazah suami isteri

    Menerusi podcast Tanah Berdaulat TV, Ustaz Muhamad Nur Syafiq telah menerima panggilan untuk menguruskan mayat sepasang suami isteri yang dilaporkan telah mengakhiri hayat mereka sendiri.

    Kejadian misteri ini adalah lumrah bagi pengurus jenazah dan ketika itu saya perlu menguruskan jenazah sepasang suami isteri yang mati bunuh diri.

    Mereka berdua ini adalah orang luar dan warga asing namun saya tak nak sebut dari negara mana.

    Untuk makluman, nak menguruskan orang luar ini tak senang sebab kita perlukan surat dari kedutaan dan sebagainya. Ambil masa agak lama juga untuk saya uruskan jenazah kedua mereka sebab tak ada dokumen lengkap ketika itu.

    Tetapi saya tetap nekad nak uruskan dan selepas seminggu lebih baru boleh diuruskan.

    Dapat panggilan misteri

    Selepas selesai menguruskan jenazah, Ustaz Muhamad Nur Syafiq kemudiannya menerima satu panggilan telefon disangkakan dari waris jenazah lain yang sedang diuruskannya.

    Jadi dah selesai uruskan mandi, kafan, solat serta kebumi tiba-tiba saya dapat satu panggilan. Waktu itu saya berada di dalam kereta di kawasan kubur.

    Seingat saya nombor telefon itu hujungnya adalah ‘000’ dan yang menelefon itu berterima kasih dengan saya. Tapi waktu itu saya ingatkan waris jenazah lain yang menelefon sebab ada juga jenazah lain yang hendak diuruskan.

    Bila dah bercakap-cakap itu kemudian di akhirnya dia kata, ‘Saya tak dapat balas jasa ustaz. Terima kasih banyak uruskan jenazah saya dan isteri saya’.

    Lagi terkejut bila saya tengok telefon yang sebenarnya saya tak bercakap dengan siapa pun, ‘call log’ pun tak ada. Perbualan terakhir ‘call log’ saya adalah bersama seorang ustazah yang menguruskan jenazah isteri si mati tadi.

    Di akhir perkongsian, Ustaz Muhamad Nur Syafiq beranggapan panggil telefon yang diterimanya itu adalah mesej dari Allah SWT untuknya terus bersemangat mengerjakan fardu kifayah itu di masa akan datang.

    ALSO READ:  Eyra Hazali Kongsi Foto ‘Babybump, Netizen Mula Teka-Teki Jantina Bayi?-“Nampak Perut Macam…”

    Video

    @tanahberdaulat.tv PANGGILAN MISTERI – Tuan Hj. Mohammad Nur Syafiq Pengerusi Al Kifayah Group. Saksikan temubual menarik ini dalam X’klusif Bersama Syahril di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV tepat jam 6 petang esok (ISNIN 13/1). Pautan saluran ada di ruangan komen. Terbaik, hanya untuk anda! #xklusifbersamasyahril #tanahberdaulattv #alkifayahgroup #fardhukifayah ? original sound – Tanah Berdaulat TV

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts