Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk...

    [VIDEO] ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk Umur Tiga Tahun Pun Masih Lagi Curang’ – Ananda Natasha

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    andika tasha 1andika tasha 1

    Hangat diperkatakan ketika ini adalah isu curang personaliti media sosial Andika Putera yang didedahkan oleh bekas isterinya, Ananda Natasha.

    Penjelasan Natasha

    @akakpelamin

    Semoga baik2 sahaaaaja utk tashaaaa

    ? original sound – Akak Pelamin – Akak Pelamin

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, dalam nada sebak Natasha menjelaskan tentang perceraian mereka.

    Perceraian di atas persetujuan bersama tapi pada bulan sembilan kantoi curang bersama staf, staf yang sama dikatakan curang pada tiga tahun itu. Saya maafkan dia lagi.

    Justeru itu, Natasha menyoal tindakan Andika yang tidak menceraikannya sejurus selepas terbongkar isu curang lalu mendakwa bekas suaminya seolah-olah sedang merancang sesuatu.

    Kenapa dia tak ceraikan masa bulan sembilan tu? Dah sah-sah dia kantoi curang, kenapa perlu tunggu pada bulan 12. Saya positif sahaja dia ceraikan saya pada bulan 12.

    Takut saya viralkan kes cerai sebab curang? Dia tunggu masa, saya rasa benda itu dah dirancang.

    Saya rasa macam tu sebab saya baru tahu, dia bercinta dengan isteri orang itu pada bulan dua. Bayangkan dia ceraikan saya pada bulan 12 tetapi masa bulan dua masih lagi bercinta dengan isteri orang.

    Dalam masa yang sama, Natasha mendedahkan dan mendakwa bahawa itu bukan kali pertama bekas suaminya berlaku curang.

    Tiga tahun, semasa saya duduk dengan mak mentua dah curang, masa saya mengandung, selepas bersalinkan Alisha, Alisha nak masuk umur tiga tahun pun masih lagi curang.

    Meskipun dirinya telah dicurangi beberapa kali, namun Natasha memilih untuk tetap memaafkan Andika malah dia enggan berkongsi punca berlakunya perceraian kali pertama pada tahun 2022.

    Dia ceraikan saya atas kes tak cukup muslimah, tak berkemas, pengotor, keras kepala..yang ini saya boleh berubah.

    Saya tak nak kongsikan sebab mengapa bercerai yang pertama, kita cakap terus tentang cerai yang kedua kali.

    Saya dah maafkan dia banyak kali.

    Terdahulu, Andika memberi menjelasan panjang lebar berhubung isu tersebut untuk mempertahankan dirinya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Lelaki Sempat ‘Lari’ Pergi Kubur Sebelum Majlis Nikah -‘Anak-Anak Team Daddy, Diorang Sporting’

    Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.

    Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

    Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts