Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan –...

    [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kumpulan pelawak Senario bersepakat untuk menyerahkan trofi Artis Komedi Popular yang dirangkul menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.

    Serahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan

    Ketika ditemui , salah seorang anggota kumpulan Senario iaitu pelakon, Saiful Apek atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata, sebelum ini dia memang sudah berniat mahu memberikan trofi tersebut kepada waris arwah sekiranya kumpulannya itu memenangi dalam kategori yang bertanding.

    Saya memang dah dapat agak trofi akan dapat satu je. Jadi dengan persetujuan sahabat lain, kami nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan.

    Apek berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Jumaat.

    ‘Alhamdulillah, Senario makin dikenali semula’

    @official Replying to @asnkimdes Kumpulan pelawak Senario bersepakat untuk menyerahkan trofi Artis Komedi Popular yang dirangkul menerusi Anugerah Bintang Poplar Berita Harian (ABPBH) Ke-36 kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan. ? # #fyp #ABPBH36 #news #senario #inspirasikeyakinanmu #arwah #hamdan ? original sound – OHBULAN!

    Sementara itu, Azlee mengakui tidak sangka Senario berjaya meraih kemenangan tersebut memandangkan mereka bersaing dengan empat calon hebat yang lain iaitu Bell Ngasri, Jep Sepahtu, Joey Daud dan Sabri Yunus.

    Atas berkat kerja keras Senario, walaupun kami tak ada di kaca televisyen dan hanya bergerak dengan konsert dan beberapa program lain, tapi Alhamdulillah dengan adanya media sosial, Senario makin dikenali semula.

    Alhamdulillah, dengan berkat doa semua dan undian peminat Senario yang masih sayang dengan Senario, kami akhirnya ada di ABPBH dan Allah izinkan kami pegang trofi untuk Artis Komedi Popular.

    Kami rasa amat terharu dan ini membuktikan Senario masih aktif dan relevan.

    Dalam pada itu, Yasin berkongsi berita gembira memaklumkan dia dan Azlee bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah, pada hujung Oktober ini.

    ALSO READ:  Kakak Dedah Masa Kecil Umisya Mazlan Tiada Figura Lelaki – ‘Kami Dibesarkan Dalam Keadaan Broken Family’

    Sekadar info, kumpulan Senario dianggotai oleh 7 pelawak hebat iaitu Apek, Azlee, Yasin, Lan Pet Pet, Wahid, Pok Ya dan Allahyarham Hamdan.

    Untuk rekod Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts