Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Sepatutnya Saya Antara Petugas Dalam Flight MH370?’

    [VIDEO] ‘Sepatutnya Saya Antara Petugas Dalam Flight MH370?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang bekas pramugara yang dikenali sebagai Safuan Bachtiar mendedahkan dia sepatutnya berada di dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) iaitu MH370 yang hilang sewaktu penerbangan kapal tersebut 10 tahun lalu.

    Pilih bertugas ke negara lain

    @youusaff MH370 @Safuan Bachtiar ? ??? ??????? – ??? ???????

    Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf, Safuan memaklumkan dia menerima panggilan dari pihak atasan yang memintanya untuk memilih tugas ke salah satu negara iaitu ke Auckland, New Zealand atau pun Beijing, China.

    Sepatutnya saya yang pergi bersama MH370 dan sampai sekarang, kalau saya cerita benda ini, saya masih meremang.

    Waktu itu, ‘office’ telefon saya dalam pukul enam petang, ‘This is from Crew Deployment Centre (CDC), nak bagitahu ada ‘flight’ untuk awak malam ini. Satu ke ‘long stay’ ke Auckland (MH 125 tak silap saya) dan satu lagi ‘short stay’ ke Beijing (MH370)’.

    Masa itu, bila saya dengar ‘long stay’, sudah tentu saya pilih nak terbang dan bertugas ke Auckland sebab akan adanya elaun untuk ‘night stay’.

    Selepas memilih untuk bertugas ke Auckland, Safuan kemudiannya bersiap dan memandu ke lapangan terbang untuk melapor diri.

    Menurut Safuan, dia sempat bersalaman dengan kru penerbangan MH370 sebelum mereka berlepas menjalankan tugas masing-masing.

    Sebelum terbang, setiap kru penerbangan akan berkumpul di ‘briefing room’. MAS ini pula ada satu rutin di mana kami semua akan bersalaman dengan semua orang sebelum masuk dalam ‘briefing room’.

    Nak dijadikan cerita, ‘departure time’ MH370 dan kami tak jauh beza pun, dalam 20 minit macam itu. Kita pun lepas dah ‘briefing’, terus ke imigresen dan saya berborak dengan kru MH370.

    Di bahagian imigresen, ada kaunter khas untuk kru. Kaunter kru MH370 sebelah kiri dan kaunter untuk kru MH125 sebelah kanan.

    Bila dah selesai ‘scan’ pasport, kami pun jalan bersebelahan sehinggalah sampai di ‘gate’ flight baru kami berpisah dan berubah haluan.

    Dapat tahu selepas mendarat di Auckland

    Setelah mendarat dan mendaftar masuk ke hotel di Auckland, alangkah terkejutnya Safuan mendapat perkhabaran mengenai pesawat MH370 yang telah hilang.

    Bila dah mendarat dan saya pun ‘check in’ di hotel, ‘supervisor’ kami telefon setiap bilik kru penerbangan dan minta kami semua masuk ke dalam bilik hotelnya.

    Pelik juga saya kenapa pula dia minta datang ke bilik dia kan? Bila masuk saja dalam bilik dia kata ada benda nak bagitahu kami sambil buka berita dari CNN.

    Kru penerbangan lain sangat terkejut tapi saya lagi terkejut dan jantung saya macam nak jatuh dah masa itu. Saya terdiam sebab saya yang sepatutnya berada dalam ‘fligh’ itu.

    Tambah Safwan, berita mengenai kehilangan pesawat MH370 itu telah membuatkan fikirannya terganggu sepanjang tempoh tiga hari menjalankan tugas di Auckland.

    Sepanjang tiga hari di sana, saya rasa fikiran saya macam dah ‘gone’ dah sebab saya sepatutnya berada dalam ‘flight’ itu.

    Tapi Allah itu Maha Segalanya bagi saya.

    Sekadar info, pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 yang lalu.

    ALSO READ:  Nora Danish Kongsi ‘Quote’ Di IG Selepas Suami Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak – ‘Diamkan, Tidak Perlu Dibalas’

    Sehingga ke hari ini, keberadaan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu masih kekal menjadi misteri selepas 10 tahun.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts