Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Seram Dengar Suara Zara Zya Berubah, Lelaki Ini Kongsi Cara Hindarkan...

    [VIDEO] Seram Dengar Suara Zara Zya Berubah, Lelaki Ini Kongsi Cara Hindarkan Diri Daripada Terkena Sihir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pelakon Zara Zya tampil dalam sebuah podcast dan berkongsi mengenai pengalaman seram yang dialami olehnya ketika menjalani sebuah penggambaran.

    Semasa perkongsian tersebut, netizen meremang apabila suaranya bertukar menjadi garau dan menyeramkan.

    Kena lawan

    Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Badlisyah tampil berkongsi tips bagaimana hendak mengelakkan diri daripada terkena gangguan yang tidak baik seperti sihir.

    Bila kita mimpi ular bermaksud kita sedang disihir atau kita mimpi ular berwarna contoh hitam bermaksud aura negatif sihir yang tidak elok.

    Kalau warna hijau saka. Kadang-kadang kita tak tahu yang sebenarnya kita ada penjaga. Saka dia warna hijau atau warna pelik-pelik macam biru kuning juga. Kalau isyarat terpatut dengan ular bermaksud dia dah masuk dalam darah kita.

    Situasi macam cerita tadi dia dalam keadaan ketakutan. Bila dalam keadaan ketakutan dia boleh serang dan masuk dalam badan. Sebab bukaan dia luas. Dia kena buat amalan bagi sesiapa yang alami situasi yang sama. Bukan jumpa perawat, bomoh atau sesiapa. Tetapi diri kita sendiri dengan Allah.

    Menurut Badli, mimpi ular bermaksud seseorang itu sedang terkena perbuatan sihir. Tambah Badli, hanya diri sendiri dan kuasa Allah sahaja yang mampu menyembuhkan perkara yang tidak baik daripada berlaku.

    Kita minta kepada Allah dengan cara selawat, zikir dan solat. Jika ada gangguan lagi dekat dalam telinga kita, bermakna dia masih ada dalam darah kita. Kita kena lawan benda itu.

    Dekatkan diri dengan Allah

    Berbicara lebih lanjut, Badli memberi beberapa tips agar dielakkan daripada terkena perbuatan sihir.

    Tips dia selawat, berqasidah jangan tinggal dan kita kena jaga adab. Sentiasa keluar rumah baca Bismillah, makan dengan cara duduk, bercakap cara baik tetapi jangan kita melanggar satu benda contoh kita ambil pemberian orang, bersangka buruuk dekat orang, buat benda yang tak baik, mulut celupar.

    Di akhir perkongsian, Badli memberitahu dengan cara mendekatkan diri dengan Allah, seseorang manusia boleh mengalahkan iblis.

    Kebanyakan benda yang terjadi dekat diri kita satu je, kita ni terlampau takut, sedih, suka menyendiri dan stres. Bila ada ‘benda’ tu, ‘benda’ tu terus masuk dalam badan.

    ALSO READ:  FD4: Ayie & Salma ‘Mashup’ Empat Lagu Di Pentas Akhir! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts