Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari memuat naik video dan ucapan romantik buat suaminya, Tiko Aryawardhana sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Awak memberanikan diri
Menurut Bunga, setahun yang lalu, Tiko memberanikan diri untuk memulakan perjalanan hidup yang baru bersamanya. Tambah Bunga, keputusan yang dibuat oleh Tiko itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan memerlukan pertimbangan. Ini kerana, mereka berdua pernah berkahwin sebelum ini.
Sama-sama bukan yang pertama. Sama-sama menyedari bahawa menjalani pernikahan bukanlah hal yang mudah. Sama-sama memahami kalai ini bukan kisah dongeng dan ia akan dipenuhi dengan perjuangan. Setahun ini, kita jalani dengan apa adanya, dengan suka citanya, dengan turun naiknya dalam kehidupan.
Setiap hari kita semakin dalam mengenal satu sama lain Dan di setiap hari itu kita memutuskan untuk menjalani kehidupan bersama, apapun badai yang datang. Perjalanan ini mungkin baru, tapi pantas untuk diraikan? Happy 1st Anniversary Suami.
Pelantun suara ‘Ingkar’ ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat suami tercinta kerana sentiasa ada bersama, memberi kebahagiaan dan mencintai dirinya dengan seadanya.
Terima kasih kerana jadi diri kamu. I Love You Tiko.
Video
View this post on Instagram