Selebriti dan fesyen tidak dapat dipisahkan, malah ada segelintir daripada mereka yang sanggup berhabis wang untuk kelihatan menyerlah.
Sanggup berhabis
@sbparfumhq Kau hado setiap kali event beli outfit baru?? Tak hadooo. Mummy hadoooo ?? #SBParfum #BauMacamOG #perfumeviral #fyp #pov #didiealias @mumydidiealias
? original sound – SB Parfum – SB Parfum
Menerusi satu temu bual, pelakon dan pengacara Didie Alias atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali yang menggayakan baju berwarna putih bersama skirt hitam telah mendedahkan harga keseluruhan pakaiannya.
RM1,000 lebih. Yang ini saya baru beli dua hari lepas untuk acara ini. Baju, skirt, inner shirt dan boot.
Menurut aktres berusia 52 tahun itu, dia akan menggayakan busana yang baru setiap kali menghadari majlis tertentu.
Setiap kali ada acara saya akan keluar dengan pakaian yang baru.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu dipilih sebagai hos pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober hadapan.
Didie bakal menggalas tugas bersama pelakon Riena Diana dan penyampai radio Haniff Hamzah.
Imbas kembali, Didie merupakan antara artis yang berani dan ‘outstanding’ dalam mengetengahkan fesyen-fesyen yang luar biasa sebelum ini.