Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja untuk menonton drama ‘Lelaki Itu’ selepas mereka melihat video beberapa babak kemuncak dalam drama tersebut yang dimuat naik di media sosial.
Kau dah malukan aku
Terbaru, babak Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan Imani (Fazura) sewaktu berbincang mengenai harta dan saman berjaya mencuri perhatian penonton.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Fazura, kelihatan Qaidah sedang memohon kepada Imani agar menyelesaikan segala isu yang berlaku di antara mereka di luar mahkamah.
Namun begitu, Imani dengan tegas menjawab dia tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah. Ini kerana, Qaidah sudah memalukannya di khalayak umum.
Kalau korang nak tahu apa yang bakal terjadi dan apakah pengakhiran drama ini, jangan lupa tonton ‘Lelaki Itu’ di TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.
Video
View this post on Instagram