Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment SFMM39: Nadeera Sebak Berjaya Melangkah Ke AJL, Percaya Usaha Takkan Mengkhianati...

    [VIDEO] SFMM39: Nadeera Sebak Berjaya Melangkah Ke AJL, Percaya Usaha Takkan Mengkhianati Hasil  – ‘Bagi Saya Ini Adalah Anugerah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pentas Semi Final Muzik-Muzik 39 (SFMM) yang berlangsung malam tadi menjadi saksi penyanyi Nadeera Zaini buat pertama kalinya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39).

    Melangkah ke AJL

    Tidak mampu menahan sebak, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dia berjaya ke anugerah berprestij itu.

    Sudah semestinya saya sangat-sangat terharu, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke semi final dan akhirnya ke AJL39.

    Sudah lama saya menunggu saat ini, saya tahu agak sukar untuk saya melangkah dan bukan senang nak menempa nama sebagai seorang anak seni.

    Menurut penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menganggap keputusan melayakkan diri ke AJL adalah sebagai satu anugerah besar buatnya.

    Hari ini adalah hari yang sangat bahagia untuk diri saya sebab yang tahu sahaja tahu betapa susahnya saya nak sampai ke tahap ini.

    Tuhan sahaja yang tahu betapa saya inginkan..yang saya tunggukan.

    Saya sangat lega hari ini, bagi saya ini adalah anugerah. Alhamdulillah.

    Nadeera berkata demikian ketika ditemui pada sidang media SFMM39 hari kedua, yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Jumaat.

    Vokal terbaik

    AJL kali ini menampilkan rata-rata penyanyi yang mempunyai vokal cemerlang bakal berentap seperti Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri dan termasuk Nadeera sendiri.

    Walau bagaimanapun, Nadeera tidak meletakkan harapan yang tinggi namun tetap berusaha akan melakukan yang terbaik.

    Siapa yang tak mahukan kemenangan? Tetapi saya tidak meletakkan harapan, dapat masuk ke AJL pun saya sudah terlalu bersyukur namun segalanya berbalik kepada rezeki.

    Menang atau kalah saya sudah tak kisah yang pastinya saya sudah ke pentas ini.

    Saya buat yang terbaik dan percaya kepada rezeki yang Allah bagi.

    Saya tak mahu terlalu stres dan mahu menikmati momen ini. Saya percaya usaha tidak akan mengkhianati hasil.

    Untuk info, kesemua 30 lagu yang bertanding di SFMM39 diadili oleh barisan juri profesional, iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Ly Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aisyah Aziz Akui Panas Pakai Tudung, Harap Netizen Tak Mudah Lempar Kecaman – ‘Saya Perlukan Setiap Orang Untuk Bantu’

    10 lagu yang bakal berentap di pentas AJL39 adalah Diam (Hael Husaini), Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Shuib), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo ft ft Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts