Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shahir Pasang Niat Hijrah Ke Arab Saudi – ‘Saya Ingin Menyucikan...

    [VIDEO] Shahir Pasang Niat Hijrah Ke Arab Saudi – ‘Saya Ingin Menyucikan Hati & Letak Kebergantungan Kepada Allah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan dia dan isteri pernah tinggal di Arab Saudi pada tahun lalu dan berhasrat mahu menetap di sana suatu hari nanti.

    Tinggal di Arab Saudi

    Ketika ditemui , Shahir atau nama lengkapnya, Ahmad Shahir Zawawi berkata, dia sebelum ini hanya menetap sebentar di sana berikutan ada kekangan sehingga perlu pulang ke tanah air.

    Sebenarnya dalam tahun lepas saya pernah cuba untuk migrasi ke Arab Saudi, kami dah pindah ke Madinah dan sudah ada tempat tinggal.

    Cuma pada ketika itu ada beberapa faktor yang menyebabkan saya terpaksa kembali ke sini (Malaysia), antaranya adalah ayah saya kurang sihat.

    Waktu itu saya pergi ke sana selama dua bulan, tetapi ‘on off’, maksudnya berulang alik ke sana dan sini.

    Menurut Shahir, dia mempunyai seorang rakan di sana dan banyak berkongsi pengalaman tinggal di Tanah Haram. Susulan itu, Shahir mula memasang hasrat untuk berpindah ke kota suci tersebut.

    Shahir berkata demikian di sidang media pelancaran single terbaharunya yang berlangsung di Ace Corner, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Menyucikan diri

    Bercerita lanjut, penyanyi berusia 36 tahun itu berkata, hatinya mula terdetik untuk pindah ke sana dengan bertujuan untuk memantapkan rohaninya.

    Kalau diikutkan saya memang sengaja untuk tinggal di sana. Dulu saya ada niat nak pergi tetapi Allah belum izinkan. Saya berpegang bahawa..ke Tanah Haram ini jika tidak ‘dijemput’, ada duit banyak mana pun takkan sampai.

    Sebab saya pernah dapat tiket percuma ke sana. Hakikatnya apabila saya terlalu sibuk dengan dunia saya terlupa ‘redeem’ pun tiket itu.

    Saya bukanlah baik, tetapi saya ingin menyuci hati. Sebab kadang kala saya rasa, kita ini terlalu bergantung kepada manusia, mengharapkan bantuan orang. Kalau buat kerja pun kita harapkan ‘kabel’ menolong kita.

    Jadi saya pindah ke sana meskipun belum merancang apa-apa, saya nak kebergantungan itu betul-betul pada Dia (Allah). Berdikari tanpa bergantung kepada manusia.

    Walau bagaimanapun, bekas juara Akademi Fantasia 8 itu masih berharap Allah SWT memberinya rezeki untuk berhijrah ke Arab Saudi lagi.

    Masih memasang hasrat untuk ke sana. InsyaAllah kalau ada rezeki saya untuk berada di sana.

    Dalam perkembangan lain, Shahir muncul dengan lagu terbaharunya berjudul Aksara yang berkisarkan tentang cinta. Lagu tersebut merupakan hasil karya Iqie Hugh, Omar K dan Shahir sendiri.

    ALSO READ:  Ebit Lew Didakwa Sering Hubungi dan Menghantar Gambar Tunjuk Kemaluan, Kata Pengadu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts