Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shahz Jazle Tak Pernah Terdetik Nak Menduakan Isteri – ‘Isteri Saya...

    [VIDEO] Shahz Jazle Tak Pernah Terdetik Nak Menduakan Isteri – ‘Isteri Saya Cantik & Cukup Sempurna’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Shahz Jazle memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya, Nur Hanis Husna meskipun sering bergandingan bersama pelakon jelita di lokasi penggambaran.

    Isteri jenis memahami

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin sebaliknya meluahkan rasa bersyukur kerana isterinya sangat memahami profesion sebagai seorang pelakon.

    Apabila berada dalam bidang ini, pasti khalayak terfikir mustahil saya tidak tertarik hati dengan pelakon wanita muda dan cantik.

    Bagi saya, isteri saya seorang wanita cantik dan cukup sempurna. Malah, saya sangat bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon.

    Saya pula jenis yang habis penggambaran terus balik rumah. Tiada masa hendak berfoya-foya.

    Usia begini sudah tidak sesuai lagi untuk kehidupan begitu. Masa sudah berubah dan kita juga perlu berubah.

    Shahz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media drama ‘Senyawa’ yang diadakan di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Berterima kasih pada isteri

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Azura’ menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang banyak membantu memudahkan urusannya dalam menjaga kebajikan anak-anak.

    Isteri saya yang menguruskan kerjaya seni saya. Dia menjaga anak-anak malah anak sulung kami iaitu Alana Jasmeen juga aktif dalam bidang lakonan.

    Jadi, jika ada penggambaran dia akan bersama Alana dan anak ketiga kami, Aurora Jane sambil dibantu ahli keluarga lain. Sementara saya pula akan menjaga anak kedua kami, Ayden Jasreen.

    Kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya buat sendiri termasuk urusan hantar dan ambil anak dari sekolah.

    Bagi saya, memiliki seorang isteri yang cantik dan boleh menguruskan rumah tangga serta anak-anak dengan baik itu bonus. Itu satu pakej yang baik dan saya sangat bersyukur.

    Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan Aurora Jane yang kini berusia empat bulan.

    ALSO READ:  ASICS Lancar GEL-KAYANO™ 31, Lebih Stabil & Selesa Untuk Pelari!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts