Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shakilla Khoriri Menegur agar Tidak Dipaksa Panjangkan Perkara dan Melibatkan Semuaorang

    [VIDEO] Shakilla Khoriri Menegur agar Tidak Dipaksa Panjangkan Perkara dan Melibatkan Semuaorang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shakilla khoririshakilla khoriri

    Pelakon Shakilla Khoriri tampil bersuara selepas netizen bertindak mengorek kisah kontroversi dirinya dan bekas isteri kepada suaminya, Fariz selang sehari selepas majlis pernikahan.

    Jangan jadi munafik

    shakillashakilla

    Menerusi satu hantaran di TikTok, Shakilla menegur sikap segelintir individu yang sibuk membuka ‘cerita dalam kain.’ Kata Shakilla, 35, dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kisah sebenar sekiranya isu ini masih berlanjutan.

    Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang. Yang ‘bersembunyi’ di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk spill the tea.

    Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam. Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik.

    Kita semua tahu kebenaran dalam kisah kita. Jadi cukup.

    Tambah pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, sekiranya ingin membongkar, dia berharap perkara benar yang didedahkan ataupun individu terbabit lebih baik ‘tutup mulut.’

    Berhenti dengan semua penyampaian cerita pada pihak ketiga atau siapa pun. Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi ceritalah perkara sebenar.

    Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu. Atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.

    Buka pekung semua terlibat?

    shakilla uncle farizshakilla uncle fariz

    Dalam pada itu, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora mengingatkan kepada individu terlibat untuk tidak terlampau ‘seronok menari bertepuk tangan.’

    Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.

    Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera.

    Pada Ahad, kecoh di TikTok apabila netizen memuat naik beberapa keping foto mesra Shakilla ketika didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lalu.

    ALSO READ:  Jom Dengarkan “Cinta Yang Paling Sempurna” Versi Gelap Tahun 2024 Oleh MonoloQue

    Bukan itu saja, ‘posting’ lama yang pernah dimuat naik bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali turut dikongsikan semula. Malah, warganet turut ‘singgah’ di Facebook (FB) bekas isteri kepada Fariz.

    Pada Sabtu lalu, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

    Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts