Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shaniena Natasya Mengaku Beli ‘Followers’ – ‘Saya Beli Dengan Harga RM20,000’

    [VIDEO] Shaniena Natasya Mengaku Beli ‘Followers’ – ‘Saya Beli Dengan Harga RM20,000’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya mengaku membeli followers (pengikut) di media sosial.

    Pengakuan Shaniena

    @shanienanatasyaaaa

    I pulak cr7 nyah????#shouldbeme

    ? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena memaklumkan dia membeli followers dengan harga puluhan ribu ringgit untuk meningkatkan pengikutnya di platform Instagram (IG).

    Ya, saya beli followers. Followers saya dari 40,000 jadi 500,000 lebih dan saya beli harganya dalam RM20,000.

    Menurut usahawan berusia 21 tahun itu, dia memerlukan pengikut yang ramai di media sosial adalah kerana tuntutan kerja.

    Akaun saya yang lama ada 375,000 followers dan tak pernah beli langsung followers.

    Apabila bekerja dalam bidang ini kena dapatkan balik (pengikut) di sosial media. Saya ini bukanlah pempengaruh atau TikTokers, saya cuma bekerja di bawah sebuah syarikat.

    Macam mana pun saya memang perlukan (followers).

    Dalam pada itu, Shaniena menjelaskan bahawa pengikut yang ramai di media sosial dapat memberi impak yang baik terhadap penjualan sesuatu produk.

    Saya beli sebab ada pihak yang mengeluarkan produk nak tengok followers, tambah-tambah budak-budak sekarang, mereka akan tengok profil kita dan tengok berapa followers serta ‘bluetick’.

    Ada sesetengah orang memang memerlukan benda ini.

    Sementara itu, Shaniena berkata dia sendiri yang memilih untuk jujur dengan mendedahkan tentang perkara tersebut.

    Ramai je yang beli followers tapi tak semua mengaku. Kalau macam saya, saya mengaku sahaja, sebab tak logik dari 40,000 tiba-tiba naik 500,000. Kau ingat orang minat aku sangat ke? Aku ni apa, Jennifer Lopez?

    Sebab ini dunia yang nyata, saya tak boleh duduk dalam dunia yang menipu. Tapi dekat TikTok ni tidaklah. Kadang-kadang orang follow sebab sayang, kadang-kadang sebab benci.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kekasih Arwah Nidza Afham Nyanyi Lagu ‘Rindu Setengah Mati’, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Terus Kuat Miera’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts