Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan...

    [VIDEO] Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan Kalau Kita Di Tempat Ibu Kandungnya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shaniena anak tirishaniena anak tiri

    Meskipun belum mempunyai zuriat sendiri, namun usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya, dilihat amat menyayangi anak tirinya dan sering meluangkan masa bersama.

    Hormati ibu kandung

    @shanienanatasyaaaa

    Replying to @Not Sara

    ? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang mempersoalkan mengapa anak tirinya tidak memanggilnya dengan panggilan ibu.

    Usahawan berusia 21 tahun itu kemudian menjelaskan bahawa dia hanya mahu dipanggil dengan gelaran ‘auntie’ kerana menghormati perasaan ibu kandung kepada anak tirinya.

    Saya sendiri tak mahu dia panggil saya mama atau mummy, bukan sebab saya tak nak terima. Sudah semestinya saya sayang dia, malah lebih lagi daripada suami saya.

    Tapi cuba bayangkan kalau kita di tempat ibu kandung dia, apa perasaan kita kalau anak kita panggil orang lain mummy atau pun mama sedangkan kita yang melahirkannya.

    Jadi, kalau dia panggil saya ‘auntie’ pun saya okay.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pemikiran Shaniena yang tetap menjaga hati semua pihak demi keharmonian keluarga.

    Jawapan awak memang profesional, begini lah baru terjaga hubungan dengan semua pihak.

    Betul, saya pun tak suka orang lain suruh anak saya saja-saja panggil mereka mummy.

    Setuju! Saya tak suka dan cemburu anak-anak panggil ibu tiri mereka dengan panggilan yang berkaitan. Terima kasih kerana memahami.

    Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts