Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shaniena Natasya Termakan Daging Babi Ketika Bercuti Di Luar Negara –...

    [VIDEO] Shaniena Natasya Termakan Daging Babi Ketika Bercuti Di Luar Negara – ‘Masa Tu Dah Rasa Lain..Nak Termuntah, Tak Lalu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya mengakui termakan daging babi ketika bercuti di Amsterdam, baru-baru ini.

    Shaniena termakan daging babi

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shaniena atau lebih mesra dengan panggilan Niena berkata kejadian itu berlaku ketika dia menjamu selera di sebuah hotel sementara menunggu waktu ‘check in’.

    Aku baru makan makan sekali je sosej tu, tapi masa tu dah rasa lain. Lepas tu, aku suruh Alia (pembantu peribadi) tanya dekat hamba tu, betul memang sosej tu ada daging babi.

    Aku rasa nak termuntah, tak lalu.

    Bercerita dengan lebih lanjut, Niena berkata, sebelum ini pembantu peribadinya itu akan memastikan dahulu makanan yang dipesannya bebas kandungan babi sebelum menjamah.

    Selalu makanan yang Alia pesan tu saya percaya je dia sebelum ni memang dia akan tanya dulu dekat kedai sama ada makanan yang dia pesan tu ada kandungan babi ke tidak. Ini tak tahu macam mana, boleh tersalah pesan.

    Selepas mengetahui restoran tersebut menghidangkan daging babi, Niena dan Alia tidak lagi meneruskan menjamu selera sebaliknya mereka membuat pesanan makanan dari kedai makan halal.

    Terdahulu, Shaniena yang beragama Budha mendedahkan telah memeluk agama Islam.

    Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts