Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sharif Zero Mohon Maaf Kongsi Kisah Salam Atu Pernah Terjerumus Dadah...

    [VIDEO] Sharif Zero Mohon Maaf Kongsi Kisah Salam Atu Pernah Terjerumus Dadah – ‘Niat Saya Mahu Beri Inpirasi Kepada Orang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sharif ZeroSharif Zero

    Pelawak Sharif Zero memohon maaf kepada adiknya, Atu berhubung tindakannya berkongsi kisah salam pelawak itu dalam sebuah saluran podcast, baru-baru ini.

    Mohon maaf

    Sharif ZeroSharif Zero

    Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 34, berkata, niatnya becerita tentang Atu yang dikatakan hampir tidak mempunyai harapan hidup dan terjerumus dengan gejala dadah adalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.

    Tindakan saya bercerita tentang itu dengan niat mahu beri inspirasi kepada orang lain. Jika Atu rasa perkara itu aib saya tidak salahkannya, dia berhak bersuara.

    Jika Atu rasa perkongsian itu telah membuka aibnya, saya memohon maaf.

    Saya mahu jadikan cerita hidup dia sebagai pengajaran kepada orang di luar sana, berbanding cerita hidup saya mungkin agak bosan.

    Apa pun saya bangga dengan dirinya yang sekarang, dia sudah berjaya.

    Sharif berkata demikian ketika ditemui di konsert akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

    Hubungan baik

    Sharif ZeroSharif Zero

    Tidak bermasam muka antara satu sama lain, Sharif berkata, hubungan mereka dalam keadaan baik dan Atu masih menghubunginya.

    Selepas podcast itu tular, hubungan kami baik sahaja dan tiada masalah. Malah dia masih berhubung dengan saya.

    Sebelum ini kami pernah berada dalam satu podcast bersama, okay sahaja saling membahan antara satu sama lain. Cuma mungkin podcast yang itu saya seorang, Atu tiada di situ.

    Cerita yang dikongsikan adalah daripada Atu sendiri, tidak lah sampai hati mahu burukkan adik sendiri.

    Terdahulu, Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung halaman mereka di Sabah untuk pergi ke Kuala Lumpur (KL) dan pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.

    ALSO READ:  Nora Ariffin Dakwa Digelar ‘Su*dal’ Oleh Keluarga Suami, Anak Tiri Tampil Bela Diri – ‘Mungkin Saya Akan Dedahkan Rakaman Maki Hamun Dia’

    Sharif turut memberitahu Atu juga pernah hampir terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan tersalah langkah dalam memilih kawan dan dikatakan hampir tidak mempunyai sinar meneruskan kehidupan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts