Penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina berkongsi detik cemas apabila terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana penyakit batu karang dalam buah pinggang pada Isnin lalu.
Sakit Pada Bahagian Perut Selepas Bersenam
Kongsi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia mula mengalam i rasa sakit pada bahagian hadapan perut selepas bersenam.
“Macam biasa morning jog 5km, kemudian breakfast susu + oat. Memang tiap pagi makan dan minum yang sama. Tak sampai 30 minit tiba-tiba sakit datang menyerang dari bahagian depan perut sampai ke pinggang belakang.
Ingatkan angin sebab susu Tapi makin lama makin teruk sampai muka jadi biru. Kaki kebas dan nak pengsan. Terus rushed ke hospital.”-kongsi Zarina
“Kidney Pun Dah Bengkak…”
Tambahnya lagi, pemeriksaan doktor mendapati terdapat batu karang pada buah pinggang kanan dan kiri yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.
“CT scan nampak batu karang kiri dan kanan buah pinggang. Kidney pun dah bengkak. Pagi selasa jam 8.00 pagi pembedahan untuk buang batu karang tu. Sebelah kiri dah berjaya dikeluarkan, tinggal sebelah kanan lagi.
Lepas 2 minggu kena datang semula untuk buang. Betapa cepat sangat berlaku dalam beberapa jam je semua benda ni berlaku.
Benar kehendak Allah itu tiada yang mampu melawan. Semoga dosa-dosa ku diampuni Allah SWT.”-tulis Zarina lagi
View this post on Instagram
Sama-sama kita doakan agar Sharifah Zarina diberikan kesembuhan dengan cepat…Apa komen anda?