Aktor, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini dilihat berkongsi satu video persembahannya menyanyikan semula atau ‘cover lagu’ Inggeris berjudul Stuck On You di laman media sosial miliknya.
Sharnaaz, menerusi hantaran di Instagram, yang menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi kelahiran Texas yang juga peserta program realiti The Voice diiringi alunan keyboard produser muzik, Dennis Lau.
“Stuck on you (Dave Fenley) by MamuXDennislau.”-kapsyen Sharnaaz di Instagram
View this post on Instagram
“Indonesia Akan Panggil Mamu Menyanyi…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat memuji nyanyian Sharnaaz, malad ada yang sempat mencadangkannya untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza 2025.
“Mamu diamond.”-Nadhir Nasar
“Steady mamu yeahh boleh masuk Gegar Vaganza dah tahun depan hahahah.”-Didie Alias
“Haa menyanyi macam ni baru betoi, menyanyi yang sekadar hobi.”
“Maaf la nak cakap, macam nak pecah speaker handphone aku.”
“Indonesia akan panggil mamu menyanyi 😂😂😂.”
“Boleh duet dengan Pajura ni.”
“Boleh la mamu, way better dari Pajura 😂.”
“Gituu, kita menyanyi level sedar diri 😂.”
“Bukan beshe beshe mamu. Mantap sora! Ingatkan sora macam belah nun.”
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang penyanyi wanita yang menyanyi secara langsung dalam sebuah program bual bicara di Indonesia yang mengundang kritikan netizen di media sosial. Malah ada yang berpendapat penyanyi berkenaan seharusnya mengambil kelas vokal disebabkan persembahannya yang dikatakan ‘sumbang’.
Apa komen anda?