Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi komen jujur mengenai nyanyian bekas kepada isteri pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fazura.
Pendapat Sharnaaz dengar nyanyian Fazura
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, pelakon Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad mengakui bahawa suara akters itu ketika mendendangkan lagu Bertahan Demi Cinta tidak merdu.
Pelakon filem Polis Evo 3 itu berkata demikian susulan menjawab soalan netizen yang bertanyakan pendapatnya sama ada nyanyian Fazura sedap atau tidak.
Tak sedap, maaf lah. Kena jawab jujur kan, berdosa tau tipu. Korang jangan tipu. Kalau korang kata sedap, aku kena jumpa Dr. Siva untuk periksa gegendang telinga aku ada masalah ke tidak.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga seakan menyalahkan rakan atau individu yang rapat dengan Fazura yang tidak menegur aktres tersebut mengenai suaranya sehingga nyanyiannya itu menjadi kecaman orang ramai.
Aku bukan komen, tak, sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Sebab bila dia (Fazura) macam ni, nanti kasihanlah. Tak mahulah kena macam ni sebab kita pun anak seni.
Bila kita tengok anak seni kita kena hentam macam ni, macam kita ni tak ada maruah pula kan. Tapi tak bolehlah macam tu.
Walau bagaimanapun, Sharnaaz akui bahawa nyanyian Fazura semasa rakaman sebenarnya sedap didengar meskipun didakwa menggunakan auto tune.
Video
@hazrinempire Berdosa tipu!..baik jujur je..? #hazrinempire #sharnaazahmad #fazura ? original sound – Hazrin Empire