Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVIDEO: Sharnaaz & Amelia Christie Memutus Hubungan di Instagram, Ini Komen dari...

    VIDEO: Sharnaaz & Amelia Christie Memutus Hubungan di Instagram, Ini Komen dari Mereka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan aktres, Amelia Christie selepas dikatakan sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) akaun media sosial.

    ‘Unfollow’ di media sosial?

    Ketika ditemui , Sharnaaz berkata dia tidak mahu berkongsi berlebihan mengenai kisah peribadi memandangkan usianya bukan muda lagi.

    Bagaimanapun, kata Sharnaaz, 40, hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik.

    Unfollow? Tak tahulah, pertama kali saya tak boleh jawab.

    Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

    Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.

    Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek.

    Dalam pada itu, pelakon Polis Evo 3 itu berkata, dia tidak menolak sekiranya diberi
    rezeki untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

    Katanya, keutamaan dia pada masa kini adalah anak lelakinya, Jebat Jayden yang bakal memasuki alam persekolahan.

    Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey.

    Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duit dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah.

    Terdahulu, Sharnaaz dan Amelia dikatakan sudah saling tidak mengikuti media sosial masing-masing sehingga mencetuskan spekulasi adakah hubungan mereka sudah berakhir.

    Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

    ALSO READ:  Datuk Red: 'Ini Bukan Drama, Ini Adalah Jalan Terakhir Saya'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts