Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shasha Abedul Terdetik Tutup Aurat Selepas Rasa Bersalah Nak Post Gambar...

    [VIDEO] Shasha Abedul Terdetik Tutup Aurat Selepas Rasa Bersalah Nak Post Gambar ‘Free Hair’ Di IG – ‘Ini Perintah Allah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Shasha AbedulShasha Abedul

    Dalam diam, pelakon Shasha Abedul kini sudah berhijab sejak sebulan yang lalu.

    Berhijab

    Shasha AbedulShasha Abedul

    Shasha, 28, berkata, dia terdetik untuk mengenakan tudung selepas timbul rasa bersalah ketika mahu memuat naik foto ‘free hair’ di laman sosial.

    Jelasnya, penghijrahan itu dilakukan bukan untuk memuaskan hati manusia, tetapi merupakan perintah Allah.

    Sudah lebih kurang tiga minggu atau sebulan saya bertudung. Sejujurnya sudah lama pasang niat nak berhijab, namun saya belajar dahulu lebih dalam ilmu agama dan hadiri kelas.

    Saya ingatkan diri sendiri, tindakan ini dibuat bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan juga kerana Allah. Selepas saya akhirnya faham, apa yang saya buat ini perintah Allah.

    Perasaan mahu bertudung timbul dengan sendiri apabila ada satu hari saya bangun tidur nak post gambar ‘free hair’ di IG, tetapi rasa serba salah dan tidak selesa. Mungkin hidayah ketika itu sudah sampai.

    Apabila perasaan itu sudah sampai, saya tidak tunggu lama. Saya teruskan niat untuk bertudung.

    Shasha berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Project: Exit yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

    ‘Dilahirkan semula’

    Shasha AbedulShasha Abedul

    Disoal mengenai perasaan selepas berhijab, Shasha berkata, dia berasa seperti ‘dilahirkan semula’.

    Saya rasa seperti ‘rebirth’ (dilahirkan semula). Satu perasaan yang saya sangat suka, tidak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.

    Ibu saya orang pertama yang lihat saya bertudung, dia juga gembira dengan keputusan ini. Ibu saya tersenyum dan macam nak nangis, dia sebak.

    Saya percaya ibu juga doakan yang terbaik untuk saya, insya-Allah. Semoga istiqamah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Permintaan Netizen untuk Emma Dedahkan Asal Usul Nama 'Maembong' - 'Ayah Membuat Nama Tersebut Terkenal di Dunia Seni Lukisan'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts