Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sheila Mambo Kongsi Momen Ziarah Mak Engku, Netizen Sebak!

    [VIDEO] Sheila Mambo Kongsi Momen Ziarah Mak Engku, Netizen Sebak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui ujian menimpa pelakon veteran, Ku Faridah Ku Shafie atau lebih dikenali sebagai Mak Engku yang mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya, pada awal November lalu.

    Terkini, pelakon Sheila Mambo menerusi hantaran di TikTok dilihat berkongsi momennya menziarahi Mak Engku yang telah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Sungai Buloh.

    “Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman.

    Dia la BFF, dialah emak bagi aku. Jatuh bilik air, retak tulang tengkorak, komplikasi buah pinggang, jantung + darah tinggi. Semoga Allah SWT berikan kesembuhan. Aamin.”- kongsi Sheila Mambo

    @mizzsheilamambo

    Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman… dia lah BFF dialah emak bg aku .. jatuh bilik air reTak tulang tengkorak, komplikasi buah pinggang,jantung +darah tinggi.. semoga Allah SWT berikan kesembuhan…aamin @kufridah

    ♬ Menghibur kan hati – Karien

    “Semoga Allah Angkat Sakit Mak Engku Faridah..”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan Mak Engku, malah ramai yang menitipkan doa agar pelakon veteran ini diberikan kesembuhan dengan cepat.

    “Semoga Allah angkat sakit Mak Engku Faridah secepat mungkin.”

    “Teringat semasa menjaga arwah mak. Rindunya. Cara Mak Engku lebih kurang arwah mak. Kak Sheila nak tanya kalau nak datang melawat boleh ke? Rindu nak cium tangan mak.”

    “Ramai pelakon pernah jadi anak menantu cucu dia dalam lakonan. Lakonan dia sangat neutral. Ya Allah angkatlah sakit Mak Engku.”

    “Aku suka sangat mak cik ni berlakon, semua watak dia bawak mesti menjadi. Semoga mak cik cepat sihat seperti biasa.”

    “Tak boleh tengok Mak Engku teringat arwah mak saya waktu sakit, semoga Mak Engku cepat sihat.”

    Sama-sama kita doakan agar Mak Engku diberikan kesembuhan. Apa komen anda?

    ALSO READ:  Ucapan Norman Hakim Sempena Hari Lahir Marissa Dania Buat Netizen Sebak!-“Ujian Kita Berbeza-Beza…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts