Pempengaruh media sosial iaitu Shermine Ah Moi memberi penjelasan kepada netizen yang mempersoalkan tentang keberadaan anak-anaknya yang bercuti bersama bekas suaminya, View Chin dan kekasih, Mira.
View Chin bawa anak-anak bercuti
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ah Moi memberitahu bahawa dia sememang sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut. Malah sebelum anak-anaknya itu pergi bercuti lagi, dia sudah memberitahu mereka bahawa kekasih View Chin akan turut serta dalam percutian tersebut.
Semua tentang mereka saya tahu. Sebelum diorang bercuti dengan ayah diorang, saya dah beritahu anak-anak dengan siapa mereka akan berjumpa nanti.
Saya pesan kepada anak-anak supaya hormat mereka berdua (View Chin & Mira).
Tambah Ah Moi lagi, dia juga sudah berpesan kepada anak-anaknya itu agar tidak mempunyai perasaan kurang senang terhadap bapa mereka dan kekasih. Hal ini kerana, walau apa pun yang berlaku, View Chin tetap bapa kandung mereka.
Saya cakap kepada mereka jangan berbelah bahagi sebab apa-apa pun dia tetap ayah korang. Walaupun dah bercerai, kami tetap ibu ayah korang. Akan sama-sama jaga dan sayang korang.
Susulan daripada itu, Ah Moi berharap agar netizen tidak lagi bimbang mengenai hubungannya dengan View Chin kerana mereka sudah ‘move on’ dan membawa haluan masing-masing.
Macam saya cakap, kami dah move on. Ayah mereka dah ada teman wanita. Walaupun sekarang saya masih single tapi kalau satu hari nanti saya dah ada jodoh, saya pun akan bawa teman lelaki saya jumpa anak-anak saya juga. Nak dia sayang anak-anak saya juga.
Terdahulu, View Chin memuat naik satu video memaparkan momen dia bersama dua anaknya dan teman wanita, Mira sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.
Video
@sherminehauahmoi_dqThank you korang support ahmoi?? Ahmoi harap ahmoi akan berjumpa lelaki yang baik jugak? Bagi ruang saya dengan Ex kita dah masing2 ada hidup sendiri? Ahmoi pun doakan Ex akan baik2, business lebih bagus? 2025 we need to meet our New life and New journey??? keshi Chill R&B Guitar Type Beat Ripple – 4Hunnid