Pelakon Sherry Ibrahim menyelar tindakan seorang individu yang sewenang-wenangnya menulis komen dengan mendakwa dirinya masih belum ‘move on’.
Minta netizen ‘move on’
Menerusi perkongsian di TikTok, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim dilihat menasihati warganet supaya tidak lagi menulis komen negatif.
Please move on guys.
Tak penat ke nak komen dosa tu?
Walau bagaimanapun, seorang individu telah meninggalkan komen dengan meminta Sherry untuk ‘move on’.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 41 tahun itu kemudian membalas komen berkenaan.
Move on pasal apa ya? Awak ada masalah part mana, boleh terangkan tak?
Tak ada siapa nak condemn, awak je yang rasa macam tu dan nak tulis supaya orang membenci dan ia adalah fitnah.
Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti jangan suka hati nak komen macam tu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?
Ambil tindakan lanjut
@sherry_ibrahim Replying to @Norimi
? original sound – Sherryibrahim – Sherryibrahim
Pada hantaran lain, Sherry berkongsi komen individu berkenaan yang dilihat masih tidak berpuas hati dengannya.
Orang luar boleh nampak perangai sebenar si Sherry Ibrahim ni. Orang baru gertak sikit dia dah meroyan.
Pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut andai individu berkenaan masih lagi meninggalkan komen terhadapnya.
Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dekat TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on. Sudah masuk tahun baru tak ada benda yang perlu dikaitkan.
Sekali lagi awak tulis…awak tunggu peguam saya. Take care dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci.