Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shidee Tampil Perjelas Dakwaan Pukul Abang Ipar, Minta Alihkan Kaki Punca...

    [VIDEO] Shidee Tampil Perjelas Dakwaan Pukul Abang Ipar, Minta Alihkan Kaki Punca Perbalahan – ‘Demi Allah Saya Tak Salah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi berpengalaman, Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan melibatkan dirinya dengan abang ipar di rumah ibu mentuanya pada 25 Mac lalu.

    Minta alihkan kaki punca gaduh

    @melodiberapi Semoga dipermudahkan urusan penyanyi Shidee dan abang iparnyaa, buang yang keruh ambillah yang jernih ??? #meloditv3 #shidee #pukulabgipar #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #panas #panas #sensasi #reman #polis ? original sound – Melodi tv3

    Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab berkata, pergaduhan tersebut tercetus apabila abang ipar memintanya untuk mengalihkan kaki kerana dianggap menghalang laluan.

    Shidee yang sedang menghafal lagu pada ketika itu kemudiannya mempersoalkan mengapa dirinya perlu mengalihkan kaki.

    Waktu itu saya ada ‘show’ di Bangi dan pulang lewat. Saya pula balik ke rumah ibu mentua saya sebab anak saya ada di situ dan isteri saya juga sedang sarat mengandung.

    Sampai di rumah dalam pukul tiga pagi, saya terus mandi dan kemudiannya menghafal lagu. Sehinggalah satu ketika abang ipar saya keluar daripada biliknya dan meminta untuk saya mengalihkan kaki saya.

    Saya pun tanya kenapa perlu alih sebab dia boleh jalan lagi (ada ruang) tapi lepas itu saya pun alih kaki saya.

    Kemudian dia masuk ke dalam bilik air sambil merungut dan apabil dia keluar (bilik air) dia berhenti depan saya dan marah-marah.

    Saya tak tahu apa puncanya tetapi malam itu memang ada berlaku pertengkaran.

    Tambah Shidee, dia kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada isterinya namun perbualan tersebut didengari abang iparnya sebelum mereka kembali bertengkar.

    Bila abang ipar saya dengar pertanyaan saya itu, dia tanya saya tak puas hati ke dengan dia? Jadi, perbalahan tersebut berlaku semula.

    Ketika pergaduhan itu berlaku, saya tak sedarlah ada luka ke, patah apa-apa ke, saya tak tahu.

    Selepas itu saya pergi ke balai polis untuk beri kenyataan mengenai pergaduhan itu dan saya ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan.

    Nafi panas baran

    Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Semuanya Sudah Terlambat’ ini menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menganggap dirinya sebagai seorang yang panas baran.

    Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah saya tak salah.

    Walaupun saya dipersalahkan dan orang kata saya tak betul, tapi percayalah Allah SWT lebih tahu segalanya.

    Saya bukan seorang yang panas baran. Kalau saya baran, tanya lah isteri saya pernah ke saya jentik dia dan anak-anak? Kalau saya baran mereka pasti teruk.

    Cuba kalau anda diprovokasi apakah tindakan anda? Anda pasti marah.

    Terdahulu, Shidee ditahan reman selepas didakwa memukul abang iparnya dengan menggunakan batang besi hingga mendatangkan kecederaan pada 25 Mac lalu.

    ALSO READ:  Rita Rudaini Berkurung Tiga Hari Dalam Bilik Ketika Hamil Anak Kedua – ‘Rayyan Datang Ambil Tuala Lap Mata Saya’

    Untuk rekod, Shidee dan isterinya, Siti Fairunnisa mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Februari 2010 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

    Perkahwinan mereka menjadi perhatian apabila timbulnya kontroversi hubungan mereka tidak diresuti ibu mentuanya susulan jarak usia mereka yang jauh.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts