Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shiha Zikir Dedah Restoran Nasi Ayam Kena Gangguan Sihir, Kerap Mimpi...

    [VIDEO] Shiha Zikir Dedah Restoran Nasi Ayam Kena Gangguan Sihir, Kerap Mimpi Dibelit Ular Warna Hitam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selebriti versatil, Shiha Zikir mendedahkan cawangan pertama restoran nasi ayamnya, Shiha Zikir Nasi Ayam yang dibuka di Kampung Baru berdepan dengan beberapa gangguan mistik sejak mula dibuka pada tahun 2023.

    ‘Orang kata kedai asyik tutup ja’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir berkata, selain restoran dipecah masuk, dia juga pernah mendapat panggilan telefon daripada beberapa pelanggan yang mendakwa restorannya tidak beroperasi sewaktu datang untuk makan di situ.

    Selain daripada kejadian pecah masuk, yang ini antara pengalaman yang saya terima.

    Saya selalu dapat panggilan daripada kenalan yang tanya, ‘Buka kedai hari apa? Dah tiga hari aku datang, tiga-tiga hari tutup’.

    Saya cakap, ‘Tutup? Kau datang pukul berapa? Buka je’. Dan yang saya macam ‘speechless’ ialah apabila mereka dah berhenti depan kedai tapi nampak kedai saya tutup.

    Kejadian itu bukan berlaku kepada seorang sahaja tapi berlaku juga kepada beberapa orang pelanggan lain.

    Shiha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam bertempat di Shah Alam pada Rabu.

    Mimpi dibelit ular hitam

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘AEWO’ memaklumkan dia juga sering bermimpi dibelit ular berwarna hitam namun masih belum mengetahui makna di sebalik kejadian tersebut.

    Kalau tanya pasal mimpi pula, memang ada mimpi pelik banyak kali. Contohnya, mimpi ular hitam lilit saya dan sebagainya. Banyak ekor pula tu.

    Cuma itulah, saya ini seorang yang ‘easy going’ dan hanya fikir ia akan baik seperti sedia kala.

    Tapi adalah juga saya berjumpa dengan ustaz dan minta doa yang terbaik tapi kalau nak kata pasal buang ‘benda’ itu, saya belum lagi berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan Islam.

    Tambah Shiha, dia juga berasa sangat sedih sekiranya benar ada pihak yang menghantar sihir terhadap perniagaannya.

    Saya agak sedih sebenarnya kalau cakap pasal perkara ini. Sebab bukan hanya sekali, dah banyak kali pelanggan telefon datang tapi cakap kedai tutup.

    Patutnya, bila masuk dalam dunia perniagaan ini, bersainglah secara sihat sebab rezeki masing-masing.

    ALSO READ:  “Bukan Rekaan Ini Cerita Sama Seperti Yang Dihebahkan”- Kakak Ipar Aslam Sahkan Marissa Dan Aslam Benar Kahwin Lari!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts