Penyanyi Shiha Zikir memberi nasihat buat kaum wanita tentang memilih pasangan hidup.
Serasi & memahami
@mingguanwanita Shiha akui sebagai seorang wanita perlu memilih pasangan yang serasi. Wanita kini sudah semakin bijak dan bekerjaya! Min suka lihat Shiha yang begitu gigih dalam belerja. Bukan sekadar penghibur namun Shiha juga wanita yang kuat bekerja dan pandai menguruskan perniagaan. #mwambiltahu #mingguanwanita #shihazikir #fyp
? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita
Menerusi temu bual oleh Mingguan Wanita, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, ciri-ciri yang perlu ada sebagai pasangan adalah keserasian dan juga saling memahami dengan tidak bersandarkan kasih sayang semata-mata
Cari pasangan yang serasi dan memahami. Bagi saya benda itu sangat penting.
Kalau orang yang tidak memahami, saya tak boleh. Terpulang dekat perempuan-perempuan luar sana, setengah orang sanggup. Contoh, ‘aku sayang sangat, kena pukul pun sanggup.’ Kena pukul dan tendang, tak apa sebab sayang.
Dalam masa yang sama pelantun lagu AEWO itu menitipkan nasihat buat kaum hawa agar mencari lelaki yang tepat supaya dapat saling membantu dalam mencapai cita-cita.
Perempuan bukan macam dulu, kita ada kuasa kita sendiri. Jadi kita kena cari orang yang kalau betul-betul sayang, dia akan faham dan dia akan sokong impian kita.
Saya rasa itulah pasangan yang serasi dengan kita, sebab kita nak sehidup semati kalau boleh. Tak nak lah kahwin untuk setahun dua atau sebulan dua.
Sekadar info, Shiha sebelum ini mengakui dirinya dan kekasih yang dikenali sebagai Kamarul sudah pun menempah baju pernikahan mereka sejak tiga tahun yang lalu namun, masih memilih masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.