Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Sebarang Unsur Provokasi...

    [VIDEO] Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Sebarang Unsur Provokasi & Paksaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hafidz RoshdiHafidz Roshdi

    Tidak dijangka, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah menarik semula kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu.

    Pilih jalan berdamai

    Hafidz RoshdiHafidz Roshdi

    Ketika ditemui diiperkarangan Mahkamah Majisteret Kuala Kubu Bharu, peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan Shuhada telah menarik semula laporan tersebut pada 6 Julai lalu.

    Shuhada sudah menarik balik laporan, jadi pihak polis dan pihak kami telah menerima laporan tersebut.

    Mereka (pegawai penyiasat) akan buat siasatan ke atas pengadu (Shuhada) dan akan memberitahu kenyataan tambahan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapatkan pengesahan.

    Dalam pada itu, Akberdin menafikan bahawa Shuhada telah menarik semula kes tersebut kerana provokasi dan paksaan, namun menegaskan mereka telah mencari jalan pendamaian.

    Dua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik, Shuhada pun telah menarik laporan. Mereka menyelesaikan hal rumah tangga mereka dengan cara baik. Pegawai penyiasat juga akan membuat siasatan jika ada sebarang unsur provokasi.

    Ketika kejadian berlaku, Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tegang namun selepas itu mereka berfikiran matang, jadi isu-isu berkaitan rumah tangga mereka selesai.

    Laporan tersebut jelas menyatakan keputusan untuk menarik balik tiada paksaan. Jadi pihak berkuasa akan buat pengesahan tersebut.

    Perbincangan mereka bukan dibuat sendiri tetapi dibincangkan melalui peguam masing-masing.

    Sementara itu, Shuhada tidak hadir ke mahkamah difahamkan kerana kurang sihat dan hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan.

    Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Terdahulu, pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

    ALSO READ:  Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’

    Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

    Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

    Pelakon itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

    Untuk info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

    @official

    Replying to @qiqin Nurul Shuhada Mat Shukri telah menarik semula kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu. Pulak.. ? # #sembangentertainment #shuhadashukri #tarik #balik #kes #hafidzroshdi

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts