Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuib Dah Insaf Jadi ‘Kaki Mesin’, Tak Terkira Berapa Jumlah Duit...

    [VIDEO] Shuib Dah Insaf Jadi ‘Kaki Mesin’, Tak Terkira Berapa Jumlah Duit Berhabis – ‘Aku Pernah Kena Kepung Dengan Gangster’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak, Shuib mendedahkan dirinya merupakan seorang yang gemar bermain permainan judi ketika waktu mudanya satu ketika dahulu.

    Sanggup bayar RM150 setiap pusingan

    @dolspodcast Shuib main mesin tak ingat dunia ? EPISOD 1 DAH KELUAR GAIS di youtube Shuib Channel! @Shuib Sepahtu @shuksahar @Fizie Roslan #DolsPodcast ??Jom dapatkan produk-produk Cubre Mi sekarang melalui Tiktok Shop & Shopee @cubremihq ?? Jangan lupa follow IG & TT: @Cubremi HQ ? Gambling, casino, adartic, bewitching(951104) – Patricia

    Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, Shuib memaklumkan dia begitu ketagih untuk bermain permainan tersebut sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 untuk satu pusingan permainan tersebut.

    Banyak duit dah aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah ‘bet’ RM150 ‘per spin’ (setiap pusingan).

    Dalam satu minit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat ‘spin’. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit?

    Tambah Shuib, ketagihan yang ada pada dirinya terhadap permainan tersebut juga pernah membuatkan dirinya kerugian sebanyak puluhan ribu ringgit.

    Bila aku main dulu, banyak dah aku rugi sampai tak terkira berapa kerugian. Aku dulu punyalah tak ada duit, sampai kering langsung.

    Pernah dikepung ‘gangster’ di Ipoh

    Bukan itu sahaja, Shuib pernah dikepung oleh beberapa orang ‘gangster’ sewaktu memenangi permainan itu ketika menjalani penggambaran sebuah filem di Ipoh pada tahun 2013.

    Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu seolah dia anggap aku menipu.

    Dia siap ‘call’ panggil beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu.

    Sampai ja diaorang di situ, diaorang panggil aku dan Shuk ke bilik belakang dan terus dia cakap, ‘Shuib, kau ini artis. Kenapa kau main mesin?’

    Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’.

    Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main dah lepas itu.

    Shuib walau bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana kejadian itu telah menyedarkan dirinya untuk tidak lagi terjebak dengan permainan tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Yusof Haslam Jawab Dakwaan ‘Tepuk Tangan’ Dengar Berita Perceraian Syamsul, Doakan Yang Terbaik Buat Semua Pihak

    Di akhir hantaran, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Abang Long Fadil 3’ ini berpesan kepada orang ramai untuk tidak terjebak dengan permainan haram tersebut yang akan memudaratkan kehidupan di masa akan datang.

    Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak.

    Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts