Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan arwah isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pernah disihir.
Kejadian aneh
Menerusi temu bual Dol’s Podcast, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkongsi tentang perkara tersebut kepada tetamu jemputan, Datuk Ustaz Kazim Elias.
Menurut Shuib, dia sering menyaksikan arwah isterinya itu diganggu oleh makhluk halus.
Sebenarnya banyak kali saya lalui keadaan yang mencemaskan, dirasuk.
Paling teruk adalah ketika Sarah bertukar seperti harimau, gaya harimau dan dia jilat kaki.
Dalam masa yang sama, bapa kepada empat orang anak ini berkata dia mula menyedari arwah isterinya itu bersikap aneh semasa diawal perkahwinan mereka lagi.
Minggu pertama saya berkahwin dengan dia, tiba-tiba saya terdengar dia mendengus seperti harimau.
Selain itu, semasa bertanding di Gegar Vaganza musim ketiga arwah Sarah juga pernah merasakan dirinya seperti disihir.
Ada satu minggu di Gegar Vaganza, saya duduk di belakang pentas. Selepas selesai persembahan, dia pusing dan jalan ke arah saya sambil dia panggil ‘daddy’ kemudian dia terus tumbang.
Sebenarnya pada malam itu, dia tak ada pada segment terakhir sebab saya dah bergegas bawa dia pergi dapatkan rawatan.
Dia cakap dia rasa dia disihir. Pernah dia naik atas pentas dan rasa orang bencikan dia, persembahan tak best.