Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuib kongsi Kenangan Berada Di Makkah Bersama Allahyarhamah Siti Sarah, Raih...

    [VIDEO] Shuib kongsi Kenangan Berada Di Makkah Bersama Allahyarhamah Siti Sarah, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.

    Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

    Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM. Pada 23 Jun 2023, Shuib selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama Watie Hanifiah.

    “Kehilangan Yang Sangat Memberi Kesan Buat Peminatnya”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Shuib Sepahtu yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 943 ribu, tanda suka sebanyak 173 ribu dan sebanyak 662 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Shuib bersama arwah isterinya iaitu Siti Sarah yang berada di tanah suci Makkah bagi melengkapkan rukun islam.

    @shuibsepahtu

    Salam Aidil Adha ❤️ Siti Sarah Bt Raissuddin #Alfatihah #Cinta

    ♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

    Rata-rata netizen terkesan melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa kehilangan Allahyarhamah Siti Sarah sangat memberi kesan kepada kehidupan mereka.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts