Pada Julai 2023, Pelawak dan penyampai radio, Shuib pernah meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang berani mengaitkan kematian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin dengan dakyah organisasi rahsia, Freemason.
Maafkan Individu Gelar Arwah Siti Sarah ‘Freemason’
Terkini, Shuib menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya bersama pihak peguam dan individu terlibat menghadiri Mahkamah Shah Alam bagi merekodkan penghakiman persetujuan.
Jelas Shuib, dia memafkan individu berkenaan atas dasar ihsan dan profesional terhadap fitnah yang dilemparkan.
“Alhamdulillah hari ini 10 Januari 2012 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah Raisuddin. Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab. Fitnah kamu, John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal!
Tetapi atas dasar ihsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya. Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu dibayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar.”-tulis Shuib
“Jangan Jadikan Fitnah Satu Perkara Normal..”
Akan menyalurkan hasil wang saman ke Tabung Palestin dibawah Yayasan Nurjiwa, Shuib turut menitipkan pesanan buat orang agar apa yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada semua.
“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa.
Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia.”-titip Shuib lagi
Hati-hati menggunakan media sosial, jangan sebarkan fitnah sesuka hati..